Saturday, November 8, 2014

Menerima Apa Yang Telah Diberi




Di suatu hari dalam kesamaran senja ketika seorang lelaki memandu pulang dari kerja dia melihat seorang wanita tua melambai-lambai kecemasan dari tepi jalan di sebelah kereta mewah miliknya. Memikirkan wanita tua itu mungkin memerlukan bantuan maka lelaki itu memberhentikan kereta buruknya bersebelahan dengan wanita tua itu. Tanpa memadamkan lampu kereta lelaki itu mendekati wanita tua itu.

Walaupun dengan wajah yang terukir senyuman wanita tua itu masih berasa cemas dan bimbang kerana sudah berjam-jam dia di situ tetapi tiada seorang pun mahu berhenti membantunya. Dalam hatinya berkata-kata "Apakah lelaki ini akan merompak aku dan mencederakan aku?" 

Semakin lelaki itu menghampirinya hatinya makin berdebar-debar ketakutan, melihat pada pakaian lelaki itu yang kelihatan kotor dan seperti serba kedaifan menjadikan wanita tua itu seolah-olah mengigil ketakutan. Tiba-tiba lelaki itu bersuara "Boleh saya bantu puan?" 

Dengan nada terketar-ketar ketakutan wanita tua itu sempat menjawab "Kereta saya rosak encik" 

Lelaki itu mengangguk dan mengelilingi kereta mewah wanita tua itu sambil berkata "Di luar ini sejuk puan, apakata puan tunggu sahaja di dalam kereta, biar saya lihat apa yang boleh saya bantu dari sini, sebelum itu puan, saya kenalkan diri, nama saya Bryan Anderson" 

"Owh salah sebuah tayar depannya pancit" kata Bryan kepada wanita tua itu lalu pergi mengambil 'jack' tayar di kereta buruknya, Dalam fikiran Bryan berkata "Hmm bagi seorang tua macam wanita ini sudah tentu berat baginya untuk menukarkan tayar itu sendiri" lalu Bryan kemudian merangkak di bawah kereta mewah itu untuk mencari bahagian yang sesuai untuk meletakkan 'jack'. Dengan tekun Bryan berusaha sehinggalah dia berjaya mengantikan tayar yang pancit itu dengan tayar 'spare' dari kereta wanita tua itu sendiri. Wanita tua itu hanya menunggu dan memerhati dari dalam kereta dan dia melihat pakaian Bryan semakin kotor kesan tanah dan kotoran ketika menukar tayar keretanya.

Melihatkan Bryan benar-benar membantunya, wanita tua itu memberanikan diri untuk berbual dengan Bryan "Saya hendak ke St Louis tetapi malangnya tayar kereta saya pancit di sini, apa pun saya amat terhutang budi pada encik kerana sudi mebantu saya" 

Bryan hanya tersenyum sambil mengemas peralatan 'jack' dan 'spanner'nya. Wanita tua itu bertanya "berapa upah mengantikan tayar saya ini?". 

Bryan menolak dengan baik "Owh tidak puan, saya ikhlas puan, saya bantu puan kerana puan berada di dalam kesusahan" 

Wanita tua tetap mahu memberinya upah dengan berkata "Encik Bryan sebutkan sahaja berapa saja upahnya, saya sedia memberinya, kerana saya tidak dapat bayangkan jika saya tidak dibantu dan keseorangan di dalam jalan yang sangat sunyi ini. Kerana beberapa jam sebelum ini ada beberapa kereta yang lalu tetapi tidak seorang yang mahu berhenti sehinggalah encik Bryan tiba"

"Tidak puan, memang sudah menjadi kebiasaan saya membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan dengan ikhlas" Bryan tetap menolak sebarang upah atas bantuannya

Namun pada ketika wanita tua itu tetap juga menghulurkan upah Bryan berkata "Beginilah puan, sekiranya puan tetap juga hendak memberi upah, apa kata puan hulurkan kepada sesiapa sahaja yang sangat memerlukan bantuan kewangan dalam perjalanan pulang puan nanti, hanya pada ketika itu puan niatkan sahaja ianya membantu saya"

Beberapa kilometer dari situ selepas melewati beberapa persimpangan jalan wanita tua itu berhenti di sebuah restoran kecil untuk makan malam apatahlagi dia terasa sangat lapar dan dahaga. Melihat kepada wanita tua itu kebasahan seorang pelayan wanita datang membawakan sehelai tuala kecil yang bersih untuk wanita tua itu mengelap rambutnya yang kuyup. Wanita tua itu terharu dengan layanan yang dihulurkan oleh pelayan wanita berkenaan dan membalas senyuman manis pelayan wanita itu, tetapi wanita tua itu perasan bahawa pelayan wanita itu sedang sarat mengandung, walaupun dengan sedikit kepayahan pelayan wanita itu tetap melayannya dengan ramah dan sangat baik walaupun mereka tidak pernah mengenali di antara satu sama lain.. Fikirannya kembali teringatkan Bryan.. 

Setelah wanita tua itu selesai makan, dia membayar dengan wang US100. Pelayan wanita itu segera pergi ke kaunter untuk mendapatkan baki lebihan untuk wanita tua itu, Pada masa yang sama wanita tua itu segera bangun dari meja makannya lantas meninggalkan restoran itu. Di ketika pelayan wanita itu kembali ke meja wanita tua itu makan untuk memulangkan baki lebihan, dia tertanya-tanya ke manakah wanita tua itu pergi, Tiba-tiba dia terlihat ada sesuatu tertulis pada sehelai tisu yang sedikit tertindih dengan gelas minuman wanita tua itu.

Menitis airmata pelayan wanita itu membaca apa yang telah ditulis oleh wanita tua itu "Puan tidak perlu membayar saya apa-apa. Saya ikhlas membantu puan sebagaimana sebentar tadi ada seseorang membantu saya dengan cara yang sama saya membantu puan. Jika puan benar-benar mahu membayar saya kembali, caranya begini, jangan biarkan rantai kasih sayang bantu-membantu ini berakhir dengan puan, Di bawah tisu ini ada lagi US400."

Lewat malam itu apabila pelayan wanita itu tiba di rumah dia asyik memikirkan wang dan apa yang wanita tua itu tulis. Di hatinya bertanya "Bagaimana mungkin wanita tua itu tahu betapa dia dan suaminya amat memerlukannya?" Dengan bayi yang dijangka lahir hujung minggu ini, ianya sangat menekan kehidupannya suami isteri masa ini.

Ketika dia berada di sisi katil sambil merenung suaminya yang lena keletihan, Dia mengerti bagaimana bimbang suaminya itu akan kedudukan kewangan mereka pada ketika hendak menyambut anak yang pertama, lalu dia baring di samping suaminya dan memberikan ciuman manja justeru berbisik lembut di telinga suaminya, "Jangan risau sayang, semuanya akan berlalu dengan baik. I love you, Bryan Anderson."








No comments:

Post a Comment