Tuesday, November 4, 2014

Kita Semua Ada Kelebihan Masing-Masing

Mungkin ini sebuah kisah lama, tetapi pagi ini ketika aku sedang melangkah ke bilik pejabat lalu melihat seorang anak yang cacat penglihatan sedang tekun membaca sebuah braille lantas hati ku tersentuh lalu aku teringat kembali akan kisah ini.

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di ketika menuju ke tengah-tengah sungai, professor itu bertanya: “Kau pandai menulis dan membaca?”

“Tidak. Saya buta huruf tuan.” Jawab si pengayuh sampan.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.”

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: “Kamu ada membuat simpanan wang di bank?”

“Tidak tuan. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macam manalah saya nak simpan duit tuan.” jawan pengayuh sampan itu dengan nada yang mengendur.

“Kalau begitu, kamu sudah hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.”

Sampan terus bergerak. Sesampai di tengah-tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: “Tuan, apakah tuan pandai berenang?”

“Err…errr, saya tidak tahu laaa.” Jawab professor dalam keadaan panik.

“Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”










No comments:

Post a Comment