Sunday, March 9, 2014

Cantiknya Budi Indahnya Bahasa (KIsah Benar)

Kisah ini berlaku bertahun-tahun dahulu. Pada hari itu malam sudah semakin lewat dalam hujan yang sangat lebat dan angin ribut yang kuat. Sepasang suami isteri yang kelihatan sudah lanjut usia keluar dari sebuah teksi dan dengan segera memasuki ruang lobi sebuah hotel murah di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Pasangan itu berusaha bagi mendapatkan sebuah bilik untuk bermalam "Bolehkah kami mendapatkan sebuah bilik untuk bermalam?" tanya suami pasangan dengan penuh sopan itu.

Seorang pemuda yang bertugas di kaunter hotel itu menyambut pertanyaan si suami pasangan itu "Kebetulan ada tiga konvensyen berlangsung di bandar ini hingga membuatkan kesemua bilik di hotel ini turut penuh, selain hotel-hotel yang lebih besar di sekitar bandar ini" kata pemuda itu secara berhemah, sopan dan penuh rasa hormat. Senyumannya sentiasa terukir diwajah pemuda itu.

Pasangan tua itu kelihatan susah hati dengan jawapan yang diterima. Melihat pada wajah kekecewaan pasangan tua itu maka timbul rasa kasihan di hati pemuda tersebut, apatah lagi cuaca diluar begitu buruk untuk ditempuhi oleh pasangan setua itu. 

Ketika pasangan tua itu beransur-ansur mahu keluar dari ruang lobi menuju pintu keluar, pemuda itu berkata "Tuan, saya tidak boleh membenarkan tuan dan puan untuk keluar dari sini pada lewat malam begini, saya perlu bertanggung jawab di atas keselamatan tuan dan puan juga. Tambahan pula cuaca di luar sana sangat buruk. Tuan puan, apa kata tuan dan puan menginap di bilik saya sahaja malam ini?"

"Bilik saya tidaklah besar tetapi saya rasa cukup untuk membuat tuan dan puan tidur dengan selesa malam ini" tambah pemuda itu.

"Tidak mengapalah encik, itu adalah bilik untuk encik berehat setelah penat bekerja nanti. Biarlah kami cuba-cuba mencari dimana-mana tempat yang boleh kami menumpang tidur" kata suami pasangan itu.

"Tuan puan.... tak perlu risau tentang saya, itu semua tidak menjadikan masalah pada saya, yang paling penting bagi saya adalah keselamatan dan keselesaan tuan puan, saya biasanya bertugas sehingga lewat tengahari esuk dan saya hanya berehat setelah pulang ke rumah" pujuk pemuda itu.

Dan pasangan tua itu akhirnya bersetuju. Dengan segera pemuda itu meminta penyelia bilik untuk mengemaskan bilik yang dimaksudkan untuk pasangan tua itu menginap.
Pada keesukkannya, awal pagi lagi pasangan itu ke kaunter membayar bil bagi bilik mereka. Suami pasangan tua itu berkata kepada pemuda yang masih lagi tidak meninggalkan tugasnya dikaunter tersebut "Encik sepatutnya menjadi pengurus kepada hotel yang terbaik. Mungkin satu hari nanti saya akan membina sebuah hotel untuk encik menjadi pengurusnya" 

Pemuda itu memandang pasangan tua itu dengan senyum sopan dan menundukkan kepalanya sebentar tanda hormat. Lalu pasangan tua itu ketawa mesra sehingga ketiga-tiga mereka ketawa bersama.

Dalam perjalanan pulang, setelah berbincang berdua suami isteri, si suami pasangan tua itu bersetuju untuk membalas sikap budiman pemuda itu terhadap mereka. Bagi mereka, untuk menjumpai seseorang yang budiman sebegitu dan berdedikasi dalam tugas dan berperkerti tinggi bukanlah mudah.

Dua tahun sudah berlalu, Pemuda yang bertugas di kaunter hotel budget itu sudah hampir terlupa pertolongannya kepada pasangan tua itu. Tiba-tiba dia
menerima sepucuk surat dari suami pasangan tua itu, dan dikepilkan bersama tiket penerbangan ke New York bersama surat yang meminta pemuda itu berjumpa dengan suami pasangan tua itu yang akan menunggu kedatangannya di New York.

Seperti yang dijanjikan, suami pasangan tua itu menyambut kedatangan pemuda itu  di New York, dan membawanya ke '5th Avenue & 33rd Street'. Dia kemudian menunjukkan kepada pemuda itu ke sebuah bangunan yang hebat binaannya, begitu tinggi mencakar awan. Dan berkata "Lihat disana bangunan itu" sambil tersenyum simpul. "Itu lah hotel yang saya bina untuk encik tadbirkan" tambah suami pasangan tua itu lagi dengan ramah.

"Adakah tuan bergurau dengan saya?" pemuda itu gugup kekeliruan.

Suami tua itu dengan senyum lebar berkata "Boleh sahaja saya pastikan bahawa saya tidak bergurau malah itulah kenyataannya"

Suami tua itu bernama William Waldorf Astor.
Bangunan yang dimaksudkan ialah Waldorf-Astoria Hotel
Pemuda itu bernama George C. Boldt

George C Bolt yang berasal dari jawatan seorang petugas kaunter sebuah hotel budget telah menjadi Pengurus pertama Waldorf-Astoria Hotel. Dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan menjadi pengurus kepada sebuah salah satu hotel yang paling terkenal di dunia pada ketika itu
Don’t be afraid to reach and touch someone’s life, you never know who’s heart you may be touching.

William Waldorf Astor dan isterinya Viscountess


George C. Boldt


The Waldorf Astoria (far left) in 1899 (Photo: Library of Congress, Washington, D.C.)
Bangunan asal Waldorf Hotel 1899

No one would have guessed back in the 1890s that two rich, feuding cousins would have created one of the most lasting names in the hotel business. In 1893, William Waldorf Astor opened a 13-story hotel at Fifth Avenue and 33rd Street called the Waldorf Hotel. In 1897, his cousin John Jacob Astor IV (who later died on the Titanic) opened a new 17-story hotel named the Astoria Hotel in an adjacent property. The buildings were eventually connected by a corridor, becoming the Waldorf=Astoria (the = was to symbolize the bridge between the buildings, and has since been phased out). The hotels stood together in harmony until the last 1920s, when the decision was made to move uptown and the land was sold to the developers of the Empire State Building. The brand-new Waldorf Astoria hotel opened on October 1, 1931 and immediately made history — it was the largest and tallest hotel in the world at the time. It spans an entire city block on Park and Lexington Avenue between 49th and 50th streets.

 Bangunan baru pada tahun 1931

Setelah diubah suai pada tahun 1993, menempatkan 
sebanyak 1425 bilik


Pintu Masuk Utama

Ruang lobi yang mewah

Antara ruang legar di dalamnya

Grand Ballroom

Treat Everyone With Politeness
Even Those Who Are Rude To You
Not Because They Are Nice
But Because You Are


ALLAH Berfirman
"Jika Kamu Berbuat Baik (Bererti) Kamu Berbuat Baik Bagi Dirimu Sendiri,
Dan Jika Kamu Berbuat Jahat, Maka (Kejahatan 
Itu Bagi Dirimu Sendiri......"
Surah Al_Israa' Ayat 7

"Apa Yang Kita Perolehi Dari Hidup,
Adalah Sepenuhnya Daripada Apa Yang Kita Berikan Padanya"


No comments:

Post a Comment