Monday, March 17, 2014

Cerita Masa Kat Asrama Sekolah Dulu-Dulu - Kisah 2

Suatu hari, 3 orang lelaki telah ditangkap oleh satu puak 'cannibal' (puak makan orang). Ketua puak itu pun mengarahkan anak-anak buahnya supaya membunuh ketiga-tiga lelaki itu untuk dijadikan santapan seisi kampung mereka.

Ketiga-tiga lelaki itu pun merayu dengan sepenuh hati supaya mereka dibebaskan. Oleh kerana mereka merayu dengan bersungguh-sungguh maka ketua puak itu setuju akan melepaskan mereka tetapi dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama.

"Arghh.. nie simple punya keje je nie" kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan masing masing diiringi 10 orang pahlawan yang lengkap dengan pedang  dan panah dari puak tersebut.

Lelaki yang pertama keluar dari hutan dengan membawa 10 buah nenas hutan. Kemudian berkatalah ketua puak kepada anak buahnya "Sumbatkan kesemua buah nenas itu ke dalam punggung lelaki ini, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!"

Lalu nenas itu disumbatkan ke dalam punggung lelaki malang tersebut. Berkerut kumut muka lelaki itu menahan kesakitan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pula muncul. Dia membawa 10 biji buah ciku bersamanya. Dia pun di kenakan tindakan yang sama. Oleh kerana buah-buah ciku lazimnya bersaiz kecil, maka lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang ke sembilan. Pada ketika buah ciku yang terakhir tiba-tiba lelaki itu ketawa. Maka dia pun dibunuh juga.

Apabila sudah mati, roh lelaki yang pertama pun pergi berjumpa roh lelaki yang kedua dan bertanya kepadanya. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang terakhir?"

Lalu dijawab roh lelaki yang kedua itu "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa 10 biji buah durian hahahahaha"

Malang Tidak Berbau

KENANGAN
adakalanya teramat pahit
untuk diredah,
tetapi
terlalu manis 
untuk dikenang.
HIDUP
tidak selalunya indah
tetapi
yang INDAH itu
tetap hidup dalam
KENANGAN.





No comments:

Post a Comment