Thursday, March 13, 2014

Ketam Melayu Dan Ketam Cina

Pagi ni saya ke pasar dulu sebelum ke pejabat, teringin nak makan sup ketam. Di pasar pagi ni terdapat pelbagai jenis ketam, ada jenis nipah ada jenis ketam bunga, ketam batu pun ada. Malangnya ketam yang ada ermmm semuanya bersaiz kecil kecil je, kecewa gak rasanya sebab kebiasaannya saya membeli saiz-saiz yang besar, sebab mudah dapat isinya hehe. Harga saya tak kisah janji besar ekekekeke.

Dalam kekecewaan saya tu tetiba teringat sebuah kisah tentang ketam. Haha begini kisahnya:

Pada suatu pagi, pergilah seorang surirumah ke pasar borong dan berjalan ke satu gerai menjual makanan laut milik orang Cina untuk mencari ketam.....

Melayu: Apek! Ketam ada ka?

Cina: Ada… ada… lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu kasi tunjuk mana itu ketam Melayu, mana itu ketam Cina?

Cina: Itu sana dalam bakul ada kasi tutup, itu ketam Cina.... Sana dalam bakul itu talak tutup punya… itu ketam Melayu la…

Melayu: Apa pasal itu ketam Cina punya bakul apek kasi tutup.... itu ketam Melayu punya bakul apek tarak kasi tutup?

Cina: Itu ketam Cina aa kalau satu ekor keluar.... yang lain punya ketam kasi tengok oo dia kasi belajar mana macam itu satu ekok boleh keluar itu bakul. Nanti aa lama-lama aa semua ketam pun pandai keluar oo dari bakul. Jadi semua pun boleh lali keluar ooo.

Melayu: Ketam Melayu tak itu macam ka, apek?

Cina: Itu ketam Melayu aa, kalau satu ekok aa mau keluar itu bakul, lain punya ketam aa kasi tarik itu kaki ooo, semua mau kasi itu ketam masuk balik itu bakul dalam. Tapi aa kalau itu sekok ketam aa boleh lepas keluar. Dia mau dia sekok saja keluar oo, tak mau tolong itu lain punya ketam keluar oo, kasi lain punya ketam duduk dalam bakul. Kira dia sudah keluar aa, dia terus lari, tak mau ajar lain punya ketam mana macam mau keluar....

Melayu: Owh, itu macam ka.

Cina: Lu sendiri boleh tengok maaaa.... itu dalam bakul punya ketam sana mana macam itu ketam bikin tarik.

Melayu: aiyaaa... bikin malu saja laaa...

MORAL: Saya yakin anda semua mengerti akan apa moralnya dari kisah ini.








No comments:

Post a Comment