Saturday, March 1, 2014

Terlajak Kata Kekal Lukanya

“Siti jangan suka menyakiti hati orang lain dengan tutur kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah. Tapiii ibu, saya akan cepat-cepat minta maaf lepas tu. Itu kan ke salah satu kelebihan juga ibu,” kilas Siti anaknya.

“Tapi perbuatan kamu itu telah menyakitkan hati orang Siti,” kata ibu itu lagi.

“Ermmm saya rasa tidak le ibu. Sebab selepas minta maaf, segala-galanya akan langsai dan hubungan kami akan kembali seperti normal” 

Si ibu berfikir sejenak. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruknya itu. “Kalau begitu, apa kata Siti ikut cadangan ibu ni. Nanti kamu akan fahami apa yang ibu maksudkan selepas itu” Tanpa membantah anak itu bersetuju.

“Begini, setiap kali Siti menyakiti hati seseorang, ibu nak Siti ketuk sebilah paku ke dinding ini Kata ibunya sambil menunjuk pada bahagian dinding kayu papan di dalam rumah mereka.

Ibunya menyambung “Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu, dan bila Siti sakiti lagi hati orang tu, Siti paku semula disebelah tempat yang Siti sudah paku sebelumnya, tak kiralah samada disebelah atas, bawah, kanan ataupun kiri, janji bukan dibekas yang sama, dan bila sudah minta maaf Siti cabut semula paku tu sebagaimana yang sebelumnya”. 
“Baiklah ibu.” jawab Siti sambil mengangguk tanda faham akan permintaan ibunya.

Setelah beberapa bulan pun berlalu, si ibu mengajak Siti bersama-samanya menghadap pada dinding tersebut. 

“Lihatlah ibu, mana ada paku yang tinggal lagi?” Ujar si anak dengan bangga. 

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf.” ucap Siti dengan riang.

Sambil senyum si ibu membalas “Memang betul Siti sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan Siti, tapi sedarkah Siti apakah luka dihati mereka turut terubat lukanya?” 

“Maksud ibu?” tangkas Siti 

“Cuba Siti tengok dinding tu. Semuanya sudah bertebuk-tebuk, bercalar dan berkematu kesan dari bekas-bekas dipaku. Begitulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun Siti sudah dimaafkan, pakunya sudah Siti cabutkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka sebagaimana tebuk-tebuk, calar-balar dan kesan yang berkematu pada dinding itu. Hati yang dilukai malah sering dilukai pasti akan ada parutnya, anakku”

Si anak merenung dinding yang bertebuk-tebuk itu. Sudah tidak seindah seperti asalnya lagi. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?


Kata-kata lebih tajam dari mata pedang..
Terlajak perahu boleh diundur, 
Terlajak kata buruk padahnya

Adakalanya kita tidak sedar setiap patah kata yang keluar dari mulut kita boleh menyakiti hati orang lain. 
Walaupun hanya sekadar gurauan.
Namun hati manusia ibarat kulit bawang,
mudah terhiris dan tersinggung. 
Lalu lukanya terlalu dalam dan parah, 
sehingga, 
memerlukan masa yang lama untuk sembuh




Kelam malam sepi melamar kerinduan
Tak terpadam ingatanku terhadapmu
Dan pada siapa harus ku adukan
Resah ini kian menghimpit perasaan

Dan seandainya kasihmu mekar bagai dulu
Pasti tidak aku terbelenggu begini
Bukan salah aku retak semua ini
Berpunca darimu bertikam lidah
Lalu punah

Tak dapat ku bayangkan
Tuturmu bagai sembilu
Mencakar hati ini
Tanpa simpati di hati
Ingin rasanya
Ku laungkan rasa kecewa

Kekasih lupakan sejarah
Cinta kita baja dulu
Di manakah kau campakkan
Cintaku yang pernah kau sanjungi
Oh mengapa
Semua ini berlaku
Sedangkan aku sedikit pun tak pernah curang
Terhadapmu


The tongue has no bones
but is strong enough to
break a heart
So be careful with your words

Sesal dulu pendapatan
Sesal kemudian tidak berguna

Nukilan Hisyam Abd Majid

No comments:

Post a Comment