Saturday, March 8, 2014

Itulah Kata Ibu

Masih ku ingat kata-kata ibu

sambil memberi wang dan berpesan 
"Sayang"
"Pergilah ke kedai Pak Mamat
beli sekati gula dan sekati tepung
kalau tiada..., pergi ke kedai Maniam
kalau tiada jua..., belilah di kedai Ah Chong"

Sambil berlari girang

dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah
dengan sarang-sarang tempua berhayunan
bagaikan buaian
aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat
bertahun-tahun begitulah aku
hanya sesekali aku ke kedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:

"Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat
Pak Mamat membayar zakat
kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong
siapa menanggung dosa
kalau mereka jadi kaya raya
wang tadi dibina patung-patung dewa
kita terheret percuma masuk neraka
hanya sedikit yang masuk syurga
selainnya masuk neraka
kerana subahat membina Muruga dan dewa"

Kata Ibu:

"Kalau mereka menjadi kaya raya
nanti mereka menjadi ceti
diberi Melayu pinjamnya wang
habis dilelongnya tanah warisan
kerana Melayu tak mampu bayar hutang".


Kata Ibu:
"Kalau mereka kaya raya

habis dibelinya tanah dan bendang
padi naik harga
kerana Melayu 
hanya jadi kuli 

bukannya jadi tuan
kilang bukan kita punya
kedai juga bukan kita punya
tengok tu 
minum 
kopi pun kata mereka
sedap dikedai Cina"

Kata Ibu:

"Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya pekan dan kampung
kita nantinya tinggal
dipinggir sungai bakau
dan berumah di bukit bukau
tapi kini sungai 
juga dibeli mereka

dijadikan kolam udang
bukit juga dibeli mereka
dibina kondo mewah berharga
Melayu mahu tinggal di mana
apakah dalam hutan belantara?"


Kata Ibu:
"Tanamlah kucai..., kita dapat berkat

kerana makan sayur yang tidak subahat
kucai di kedai Cina disiram najis babi
itulah sebabnya kita kini buta hati
kalau kita tanam kucai sendiri
kita gemukkan kucai dengan tahi kambing"

Kata Ibu:

"Jangan makan tokua
kalau tak tahu siapa pembuatnya
jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya
kalau makan makanan subahat
hati hilang sinarnya
kerana memakan makanan subahat
hati dipenuhi bintik - bintik hitam penuh noda dan dosa
hati akhirnya mati
kita nantinya semakin renggang dari Kasih Yang Satu
kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta
dosa kita berganda-ganda
lalu tuhan turunkan bala"

Itulah, 
bila ibu berkata 
rupanya benar-benar belaka.


Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerah kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerah kasih
Wahai ibu


Seorang Anak Yang Menderhaka
Hingga Ibunya Minitiskan Air Mata
Walaupun Hanya Setitis
Sudah Cukup Bagi ALLAH Swt.
Menjunamkan Anaknya Itu 
Kedalam Api Neraka
Selama 60 Tahun


No comments:

Post a Comment