Wednesday, January 6, 2016

Perlukah Cinta?


Sesetengah orang kata, cinta sangatlah penting dalam mencari pasangan hidup. Kata mereka lagi kerana dengan cinta, semua masalah boleh di atasi. Sebabnya dengan cinta, hujan badai seperti apapun boleh ditangani. 

Tapi, cinta yang macamana tu? Samakah seperti cinta pandang pertama, atau seperti cinta yang kebanyakannya dewasa ini?

Sebahagian orang pula kata, cinta bukanlah hal yang utama dalam mencari pasangan hidup. Yang penting, prinsip hidup! Kesamaan & keserasian dalam visi, misi, cara fikir, peranan & tanggungjawab, dll, dsb. Hal-hal seperti itulah yang paling penting kata mereka. Karena cinta boleh dipupuk seiring dengan waktu. Spending time together, bak kata orang Jawa "witing tresno jalaran saka kulino". haha ambik kau sekali keluar bahasaJawa.

Aku sendiri ermmm lebih cenderung kepada pendapat yang kedua. Bukan berarti aku tidak memerlukan cinta, tapi aku lebih memerlukan kesamaan pegangan hidup dan rasa tanggungjawab. 

Sebelum ni aku pernah juga jatuh cinta pada seseorang, tapi saat ditanya, samada aku bersedia mengahwininya. Aku seperti teragak-agak menjawab dan akhirnya membisu dengan senyuman sopan. Kerana apa? Kerana sepanjang aku mengenal dia yang aku jatuh cinta itu, banyak sekali cara berfikir kami yang berbeza. Rasanya ermmm mesti susah kan hidup bersama dengan orang yang berbeza prinsip hidup meskipun sama-sama saling mencintai. 

Tapiiii bila ditanya kalau aku harus menikah dengan orang yang aku tidak ada perasaan apa-apa sama sekali? Well... dalam loghat Indonesia... "Cinta memang tidak bisa dipaksa, tapi tetap bisa diupaya, kan kan kan".

Ibu pernah berkata padaku, "Cinta itu, adalah ketika hati ini merasa tidak tentu arah, gundah dan gelisah, serba tak kena, jika kita berada jauh darinya.". Wow, itulah definisi cinta menurut Ibu yang sudah lebih 32 tahun memiliki suami. Hasil dari saling memerlukan. Bukan hanya memerlukan duitnya, tapi lebih pada keperluan jiwa dan raga equal to rohani dan jasmani. 

Senyap sunyi sekejap... Damai dan rasa tenang hati seketika... Hurmmm... Mungkin cinta seperti itu juga yang akan aku rasakan ketika sudah beristeri nanti.

Well, what do you think?








No comments:

Post a Comment