Sunday, January 3, 2016

Kahwin - Masa Awal, Pertengahan Dan Di Penghujungnya

Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.." 


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang ada hal.. lain kali yek.." 


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.." 


Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.." 


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?" 


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang" 


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.." 


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.." 


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..." 


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Demi sayang.. abang rela" 


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Alamak abang sibuk laa, awak ajelahh kemaskan.." 


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Kalau itu pun nak tunggu abang, apa gunanya kawin ngan awak.."


Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.." 


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun dah saya berikan...tak cukup lagi ke ?" 


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..." 


Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "Takde hal, kita makan kat luar je..." 


Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
Suami : "Awak ni pemalas laaa.." 


Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
Suami : "mak ko tu..dari dulu lagi tak pandai pandai masakkk.."








No comments:

Post a Comment