Tuesday, January 19, 2016

Aku Keletihan


Aku kuat kerana aku tahu rasanya dikala aku begitu lemah. Ada ketikanya aku terasa lemah kerana aku tahu bagaimana rasanya saat aku begitu kuat.

Aku tidak takut direndahkan, kerana aku tahu dengan yakin orang yang merendahkan orang lain tempat dia sebenarnya jauh lebih rendah dibawah orang yang direndahkannya.

Aku tidak takut dijatuhkan, kerana tempat yang terbaik itu tak semestinya di atas.

Allah Maha Mengetahui... walaupun seisi bumi ini diam sekalipun, Allah tahu apa yang hati bisikkan.

Semakin jauh perjalanan, maka semakin banyak pilihan arah tuju, lantas semakin kejam lagi cabaran menunggu.

Hari ini aku menatap satu persatu. Lalu terasa dunia ini semakin sempit. Sesempit pilihan-pilihan yang mencekik ku. Walaupun hakikatnya dunia ini amat luas, seluas semua harapan ku yang hingga kini masih juga belum menjadi nyata.






No comments:

Post a Comment