Saturday, January 9, 2016

Jadilah Diri Sendiri


Pernahkah kita terfikir... kita mungkin tak pernah susahkan hidup sesiapa, kita mungkin tak pernah ganggu hidup sesiapa dan tak pernah pula benci atau menyakiti sesiapa. 

Tapi tetiba je kengkawan kita menjauhkan diri daripada kita dan sangat mencuba mengelak kita dari ada bersama-sama mereka. Seolah-olah kita ni makhluk asing atau manusia yang tidak berguna yang tidak perlu ada bersama dikalangan mereka.

Ermmm... sebagai manusia biasa kita juga tak terlepas dari mempunyai kekurangan diri. Mungkin dari gaya kita bercakap, mungkin dari cara hidup kita, mungkin dari daya pandangan kita, mungkin dari segi penampilan kita.... dan ntah berapa banyak 'mungkin' lagi, yang membuat orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita.

Muhasabah diri.... Adakah sikap orang itu mencerminkan pada sikap diri kita sendiri. Mungkin kita rasa kita tidak menyakiti hati orang tetapi orang terasa hati dengan kita. Carilah dulu kelemahan pada diri, yang mungkin kita terlepas pandang dan perbetulkan kembali. Relax... Bertenang dan jangan terburu-buru membalas kebencian mereka dengan terus membenci mereka.

Kalau dah sememangnya confirmed kita tak buat apa apa kesalahan... Mengapa perlu bersedih? Ingat!!!!... ALLAH sentiasa bersama-sama orang yang benar. Jika mereka membenci kita dan menyakiti hati kita. Itu dosa mereka. Kita tak rugi apa-apa. Yang perlu kita bersedih kalau Allah benci kita, kalau ibu ke, ayah ke, suami ke, isteri ke, adik-beradik ke, kekasih hati ke yang membenci kita.

Jika kita punyai kawan yang menyakitkan hati kita... Abaikan je... Cukuplah berbakti kepada orang yang perlu kita taat, seperti ibu, ayah, suami atau isteri dan yang paling penting sebagai seorang manusia iaitu taat kepada ALLAH. Mereka yang tidak tersenarai dalam list kewajipan kita untuk taat itu kita boleh abaikan je.

Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga kita. Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga dengan baik suami atau isteri kita. Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim. Biarlah seluruh umat menyakiti hati kita yang penting kita tidak menyakiti hati Allah yang menjadikan kita.

Kebahagiaan terletak dalam hati. Ia bergantung kepada kepercayaan kita. Seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang itu adalah sesuatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan tersiksa. Namun seandainya kita faham dan percaya bahawa perbuatan mereka itu ada hikmahnya dan dapat menyumbang pahala yang banyak untuk bekalan akhirat kita, maka kita akan rasa bahagia.

Biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting kita jangan bersikap buruk pada mereka.... kerana.... hidup kita untuk cari kebahagiaan di sana. Bukan melayan persengketaan yang sia-sia.


Hisyam Abd Majid









No comments:

Post a Comment