Sunday, December 7, 2014

Terkenang Ayah


Cuaca sekitar jam 1.45 petang sememangnya amat terik... aku menunggu di dalam kereta bersebelahan pagar sebuah sekolah menengah... sambil melihat gelagat ibu bapa yang tidak putus-putus menjemput anak-anak mereka... Pandangan aku menjadi tertarik kepada seorang bapa... dia datang dengan sebuah motosikal honda cup... siap sedia menanti di depan pagar sekolah menunggu anaknya... aku hanya memerhati akan gelagatnya.

Pakaian bapa itu sedikit lusuh... berkerut mukanya menahan bahang matahari... tetapi tetap setia menunggu dan menanti... beberapa minit kemudian seorang kanak-kanak perempuan datang menghampirinya... aku terus merenung dari jauh... bapa itu mengeluarkan sebotol bekas air mineral yang besar... aku agak berisi air biasa sahaja memandangkan botolnya yang sudah lama... dicurahnya perlahan-lahan isi botol itu di tempat duduk sebelah belakang motosikalnya.... pelik... kenapa pula tu?... sementara anaknya berdiri bersebelahan melihat gelagat bapanya... dalam pada itu dia mengangkat beg sekolah anaknya lalu meletakkan ke raga hadapan motosikalnya.

Kemudian... dikeluarkan secarik kain yang sedia tersisip diraga motosikal... diambil dan dilap perlahan-lahan pada tempat duduk yang telah dibasahi... barulah 'kepelikan' pada perasaan aku itu terjawab ketika itu... rupanya demi keselesaan tempat duduk anak perempuannya... dibasahi dahulu sebelum dilap kering supaya anak perempuan kesayangannya duduk selesa tanpa merasa panas dik matahari... walaupun hanya bermotosikal... tidak berkereta seperti ramai ibu bapa yang lain yang mudah sahaja menikmati hawa dingin menyegarkan keletihan ketika pulang... namun bapa itu berusaha memberikan yang terbaik buat anaknya... termampu mengikut kemampuannya.

SUMBER : DR. SITI NORKHAZIRAH

Betapa hebatnya pengorbanan seorang ayah kepada anaknya, cuma kita sering terlepas pandang pengorbanan ayah kita.
Hargailah pengorbanan seorang ayah, kerana setiap daripada kita pasti mempunyai seorang ayah yang hebat, yang sentiasa menyayangi anaknya.
Cuma lain ayah, lainlah caranya memanjakan anaknya.

Sesungguhnya Kasih Ibu Membawa Ke Syurga.
Kasih Ayah Berganti Nyawa.





No comments:

Post a Comment