Tuesday, December 9, 2014

Lain Kali Jangan Beli Kuda Mufti


Seorang Tuan Mufti hendak jual kuda di pasar, maka datanglah seorang lelaki untuk membeli kuda tersebut dari beliau, setelah beberapa perbualan tawar menawar maka lelaki tersebut bertanya kepada Tuan Mufti samada boleh atau tidak untuk dia mencuba terlebih dahulu menunggang kuda tersebut..

Tuan Mufti itu pun membenarkan dan mengatakan bahawa kuda tu unik. Kalau mahu kuda itu berjalan,kena sebut "Subhanallah" , 
jika mahu kuda itu berlari kena sebut "Alhamdulillah
dan jika nak buat kuda itu berhenti kena sebut "Allahuakbar".. 

Mendengar secara sambil lewa lalu lelaki itu pun dengan tak sabar-sabar terus duduk atas kuda seraya berkata bahawa dia sudah biasa menungang kuda dan terus menyebut "Subhanallah" lantas kuda itu berjalan perlahan, lama kemudian dia sebut "Alhamdulillah" lalu kuda itu mula berlari-lari anak, untuk tambah kelajuan dia sebut "Alhamdulillah" berulang kali, makin tinggi suaranya menyebut "Alhamdulillah" makin laju sehinggakan kuda itu berlari begitu pantas dan tiba-tiba kudanya telah menghampiri gaung yang dalam.. Dalam keadaan panik dia terlupa pula apa harus disebut untuk menghentikan kuda, Oada ketika kuda itu sudah hampir betul ke hujung tepi cerun, barulah dia teringat semula pesanan tuan Mufti untuk menyebut "Allahuakbar" jika mahu kuda itu berhenti, segera dia menjerit mengucapkannya, macam brek mengejut kuda itu pun berhenti..  Nasib baik, jika kuda itu melangkah dengan satu langkah lagi, pasti mereka akan jatuh kedalam gaung. 

Kini lelaki itu dengan kudanya betul-betul berhadapan dengan gaung yang amat bahaya itu, Lelaki itu sungguh berasa lega sambil mengurut-ngurut dadanya dan sangat bersyukur sambil mengucapkan "Alhamdulillah" ...

Anda agak... apa jadi?






No comments:

Post a Comment