Tuesday, December 9, 2014

Sejujur Manakah Kata-Kata?


Awak kata 
Awak sukakan hujan, 
Tapiiiii
Bila hujan turun 
Awak keluarkan payung supaya melindungi awak

Awak kata
Awak sukakan matahari,
Tapiiiii
Bila matahari penuh memancar 
Awak cari tempat redup untuk sejukkan awak

Awak kata 
Awak suka sejuk 
Tapiiiii
Bila sejuk datang 
Awak pakai baju tebal untuk selimutkan awak

Awak kata
Awak sukakan angin
Tapiiiii
Bila angin bertiup riang
Awak cepat-cepat tutupkan mata awak

Awak kata
Awak sukakan bulan
Tapiiiii
Bila bulan mengambang
Awak asyik tengok lampu bandaraya
berkelipan hiburkan awak

Awak kata 
Awak sukan bunga
Tapiiiii
Bila awak dapat bunga yang cantik
Awak cari bunga lain yang lebih menarik awak

Hmmm sebab itu saya risau
Bila awak kata
Awak sukakan saya

Sumber : Siti Sarah



Sejujur mana ikhlasnya hati 
ketika lembut senyum diberi 
apakah ada tujuan
sebalik senyuman itu
Sejujur manakah kata-kata 
ketika kita bertentang mata 
boleh kah aku percaya 
mungkin itu satu sandiwara 
kerana sering 
pengucapan zahir batin tak seiring 
ada rasa ada jiwa 
terluka hilang rasa percaya
Pengalaman telah mendewasakan 
mematangkan fikiran 
pahit getir yang pernah kulalui 
guruku sejati
Bukan dirimu ku curigai 
aku sekadar berhati-hati 
tidak rela bakal ada yang kecewa 
biar waspada







No comments:

Post a Comment