Friday, December 5, 2014

Azan Seorang Budak



Adakalanya Allah menyatukan pandangan mata dan pintu hati, supaya kita dapat mengambil suatu iktibar dan insaf tentang sesuatu. Minggu lepas aku bersama ibu dan ayahku singgah ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Zuhur di sebuah daerah yang tidak jauh daripada kampungku. Lebih kurang 5 minit lagi sebelum masuk waktu…aku sempat luang masa kejap baca info-info yang dilekatkan pada papan kenyataan masjid… hmm padat dan interaktif! Tak berapa lama, jam berdetik-detik berbunyi… tanda waktu solat sudah masuk. Aku bergegas ke tempat wudhuk tak jauh dari ruang solat utama.

Allahuakbar….Allahuakbar…..! Azan kuat dilaungkan…jelas…nyaring. “Ya Allah… suara anak sapa tu…sedapnya…”Aku sedikit teruja sebenarnya…teringin hatiku nak tahu siapakah gerangan bilal yang azan sesedap ini…selesai wudhuk aku terus melangkah masuk ke ruang solat utama… dari jauh aku memandang seorang budak berjubah, bersongkok hitam sedang melaungkan azan… hebat! aku jangkakan usianya baru 4 tahun, kecik je tubuhnya… selesai azan datang seorang budak yang lebih berumur, mungkin abangnya… agak aku dalam lingkungan 8 tahun membimbingnya ke tempat solat di hujung saf.

Selesai solat, aku menunggu ibu dan ayahku di luar masjid… sempat aku tengok kelibat dua orang budak tadi yang juga sedang melangkah untuk pulang… disamping mereka ditemani seorang ayah. Aku terus hulurkan tangan… rasa kagum dengan lelaki tersebut, membuktikan dia sedikit sebanyak telah memberikan didikan agama yang baik pada anak-anaknya…tapi aku terasa hiba… tersentak!! Rupanya budak comel yang azan tadi mempunyai masalah penglihatan… buta kedua matanya!! Patutlah selepas azan abangnya datang menjemput ke hujung saf…. Ya Allah!!!  Terkedu… terus memandang sehingga mereka bergerak pulang dengan motorsikal bertiga…

Seorang budak yang buta punya nilai disisi agama… aku yang sihat ini entah apa la sumbangan aku pada agamaku… umur pula sudah jauh berbeza… aku pula terasa malu melihat semua ni… Adakalanya Allah tunjukkan kanak-kanak supaya menjadi tauladan kepada yang tua. Dewasa umur belum pasti selamat… Tidak Allah ciptakan sesuatu itu sia-sia… Semuga Allah merahmati kehidupan budak tersebut.








No comments:

Post a Comment