Thursday, December 25, 2014

Apabila Ayah Berkata


Dalam satu perbualan antara ayah dan anak gadisnya yang dianugerahkan Allah wajah yang cantik ayu, cun melecun. Si anak berkata kepada ayahnya.

Anak: "Ayahku yang macho, boleh tak saya nak letak gambar-gambar saya kat facebook? Instagram?"

Ayah: "Boleh je apabila Farah sendiri yakin boleh jawab soalan-soalan ini."

Anak: "Apa soalannya ayahku yang bijaksana."

Ayah: "Pertama, YAKINkah Farah bahawa Farah tidak akan terjerat dengan dosa berTABARRUJ (berhias dan berpakaian dengan berlebih-lebihan bagi menarik perhatian orang)?"

Anak: "Em. Tidak yakin sepenuhnya."

Ayah: "Kedua, YAKINkah Farah tidak akan terjerat dengan pujian orang ramai sehingga timbul dalam hatimu RIYA', TAKABBUR lagi UJUB(merasa diri lebih baik hingga menolak kebaikan oarng lain), BONGKAK dan SOMBONG, ANGKUH dan BESAR DIRI, BANGGA dan HEBAT? Itu juga menjadi DOSA."

Anak: "Em. Juga tidak yakin sepenuhnya."

Ayah: "Ketiga, YAKINkah Farah niat yang baik pada asalnya - maybe niat Farah hanya untuk memperkenalkan diri dengan rakan-rakan lama - akhirnya menjadi NIAT untuk MENUNJUK-NUNJUK, MENDAPATKAN PUJIAN, MENCARI POPULARITI, MENGUMPUL PENGIKUT, MENDAPATKAN PUBLISITI? Itu juga DOSA bila niat bukan lagi kerana Allah."

Anak: "Em..juga tidak yakin.."

Ayah: "Jadi, jika Farah tidak yakin ianya TIDAK akan menjurus kepada mendapat ganjaran DOSA, maka jawapannya sudah ada pada Farah."

Anak: "Tapi, cemburulah tengok orang ramai followers. Mereka letak gambar-gambar je pun. Tayang muka kemudian dapat ribuan likes. Padahal statusnya tidaklah bermanfaat pun."

Ayah: (Senyum dan kemudian ketawa)

Anak: "Kenapa ayah ketawa?"

Ayah: "Sepatutnya Farah simpati pada mereka. Mereka mungkin tidak pernah minta izin daripada ibu dan ayah mereka, tak tanya pendapat ibu dan ayah mereka, tak tanya pendapat guru-guru agama mereka terlebih dadulu."

Anak: "Hm..ya, maafkan saya ayah." (muka sedih monyok)

Ayah: "Hai, tidak terasa cukupkah ayah dan ibu memuji Farah cantik? Adik, kakak dan abang memuji Farah cantik? Kelak, suami pula akan memuji Farah cantik. Pujian siapa lagi yang lebih ikhlas berbanding keluarga sendiri?"

Anak: (Senyum) "Terima kasih ayahku yang macho! Kata-kata ayah menyedarkan saya.."

Lantas si anak meraih tangan ayahnya yang sudah tua itu, menyalami dan memeluk erat-erat. Si anak bersyukur, ayahnya bukan ayah yang dayus dalam menjaga anak gadisnya. Dalam hatinya berdoa,

"Tuhan, jagakan ayah dan ibuku dari api neraka. Amin."







No comments:

Post a Comment