Friday, December 5, 2014

Ada Apa Dengan Cinta Kita



Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kamu kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kamu biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat yang kamu tak terduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kamu berikan pada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN...

Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...

Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kamu tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kamu sentuh hidup seseorang bila kamu hanya berniat untuk bermain-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kamu lakukan hanya pembohongan semata-mata. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kamu tidak berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat dia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI...

Sakit... patah hati... bertahan selama kamu menginginkannya dan akan menghiris luka yang dalam selagi kamu membiarkannya. Persoalannya, bukan hanya bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh kita ambil sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...

Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan hanya disimpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...

Hatimu patah melihat orang yang kamu cintai berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kamu cintai ternyata tidak bahagia denganmu.

Kepada yang takut MENGAKUI...

Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kamu cintai, langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...

Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kamu bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kamu telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tidak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

Kepada yang sudah berkahwin tetapi BERMAIN CINTA DENGAN ORANG LAIN DIBELAKANG SUAMI/ISTERINNYA...

Hormatilah sebuah ikatan yang sangat dimuliakan Allah iaitu perkahwinan. Jangan kerana nafsu semata, ikatan yang tersimpul rapi sebelum ini terlerai di tengah jalan. Hentikan sebelum terlewatkan. Balasan Allah kadang-kadang terus dapat cash je. Percaya pada karma, hari ini kita menghianati suatu hari nanti pasti kita pula yang akan dikhianati. Pastinya dengan satu pengkhianatan yang sangat berat untuk ditanggung.









No comments:

Post a Comment