Friday, December 5, 2014

Kegagalan = Membina Atau Memusnahkan



Failed in business in 1831
Defeated for legislature in 1832
Failed in business again in 1833
Elected to legislature in 1834
Sweetheart (wife) died in 1835
Nervous breakdown in 1836
Defeated for speaker in 1838
Defeated for land officer in 1843
Defeated for congress in 1843
Elected to congress in 1846
Defeated for re-election in 1855
Defeated for senate in 1855
Defeated for vice president in 1856
Defeated for senate in 1858
Elected as President in 1860

Daripada 15 antara sejarah hidupnya, hanya 3 je yang berjaya, yang lain semuanya gagal sahaja. Tapi, akhirnya dia menjadi seorang Presiden sebuah negara yang cukup besar. Hebat kan? Kegagalan tidak pernah membunuh semangatnya, malah kegagalan mendorong perjuangan & masa depan hidupnya. Siapakah beliau ini?

Dia adalah seorang yang simple, tidak pula berpelajaran tinggi, berasal dari sebuah keluarga miskin, seorang budak kampung yang sama sekali tidak akan membenarkan, keadaan diri dan persekitarannya memusnahkan hidupnya. 

Dia tidak rela untuk menjadi mangsa kepada acuan kehidupan yang sediada. Dia juga enggan menerima kegagalan sebagai satu titik penamat daripada terus berusaha. Dia meletakkan ke tepi suara-suara orang ramai yang mengatakan bahawa dia adalah seorang yang gila. Dia enggan untuk terus jatuh dan terus berputus asa. 

Dia terus membangun dan memajukan dirinya walau dalam apa jua keadaan sekalipun dan dia sanggup dan akan lakukan apa sahaja demi untuk mengejar serta merealisasikan impian dan cita-citanya. Dia sentiasa mengajar dirinya dan melakukan apa yang patut demi untuk terus bergerak ke hadapan mengikut arah tuju yang betul walaupun dia kerap dilanda kegagalan demi kegagalan sepanjang hidupnya. 

Jadi, siapakah dia ini? Begitu banyak sekali kegagalan, tetapi akhirnya berjaya menjadi seorang manusia hebat yang dikenali hingga ke hari ini. Beliau yang dimaksudkan adalah Abraham Lincoln Presiden Amerika Syarikat yang ke 16.

Jika kita imbas kembali masa lalu hidup kita, kita akan dapat melihat satu corak atau paten yang telah mempengaruhi perjalanan hidup kita. Kebanyakkannya mungkin datang hasil dari beberapa kegagalan lalu yang menyakitkan, atau mungkin juga dari kerana kekerapan berlakunya kegagalan dalam siri-siri hidup kita yang lalu. 

Corak itu lah juga yang terus mempengaruhi masa depan hidup kita. Samada pengaruh itu membunuh semangat kita atau sebaliknya memdorong kita lebih berjaya. Bak kata orang "Siapa lagi kalau bukan kita yang mencorakkan baik buruk hidup kita". 

Ingat lagi tak, pada masa kita masih kecil dulu, atau cuba kita amati seorang anak kecil yang baru mula hendak belajar berjalan. Pastinya dia akan asyik jatuh. Namun bila jatuh anak itu akan berusaha bangun balik dan kemudian jatuh lagi. Tidak  pernah kenal erti putus asa. Ada kalanya bila dia jatuh dia senyum dan bangun untuk berjalan semula. Lalu setelah beberapa langkah berjalan, dia jatuh kembali. 

Adakalanya jatuhnya sehingga terhentak pula kepala ke lantai. Puas dia nangis, tapi.... bukan bermakna dia akan berhenti belajar berjalan walaupun adakalanya menyakitan. Cubaan demi cubaan berhari-hari, berminggu-minggu sehinggalah akhirnya sampai satu masa dia dapat berjalan tanpa jatuh lagi. Berjalan laju-laju, melompat-lompat dan akhirnya dia berlari-lari keriangan. Seronoknya dia bila dah tidak jatuh-jatuh lagi dan mampu berjalan dan terus berjalan, berlari dan terus berlari. 

Namun, bila dah seronok-seronok.. sudah cukup pandai berjalan dan berlari, tiba-tiba tersadung kaki atau terlanggar sesuatu dan dia pun terjatuh. Begitulah juga dengan kita dahulu, semasa kita masih anak-anak... proses pembelajarannya sama sahaja standardnya. Jika tidak masakan kita mampu berjalan hebat sehingga hari ini.

Maknanya sejak kita kecil lagi, Allah sudah pun mengajar kita erti kegagalan, hasil berusaha dan bagaimana nikmat bagi yang tidak kenal erti putus asa. 

Malangnya, bila kita dah berjaya... kita lupa diri, lupa yang kita pernah jatuh, pernah gagal hingga Allah menyedarkan kita dengan membuatkan kita terjatuh kembali. Masa tu baru nak sedar dan baru nak menangis. 

Ingatlah, kita sentiasa ada peluang kedua, ketiga, keempat, kelima dan peluang seterusnya selagi kita tidak lupa bahawa Allah itu sentiasa menguji hambanya yang disayanginya.

Kerana Ujian itu adalah satu Nikmat dan Nikmat itu juga adalah satu Ujian

Mengapa anak kecil itu akhirnya mampu berjalan, kerana mereka tidak mahu tahu kegagalan. Mereka hanya tahu bahawa mereka boleh melakukan. Bagi mereka kegagalan yang sering membuat mereka menangis kesakitan hanya untuk mendorong mereka bangkit dan terus berusaha sehingga mereka berjaya.

Setiap kegagalan tu adalah proses pembelajaran. Semakin pantas kita belajar dari kegagalan tu, mengambil iktibar dan pengajaran di atas setiap kegagalan tu, semakin pantaslah kita dapat mencapai cita-cita dan impian. 

Sentiasa ingat bahawa hidup ini adalah satu proses pembelajaran yang tidak akan pernah tamat

Jangan jadikan kegagalan pada hari ini sebagai pemusnah hari esokmu, jadikanlah ia sebagai pemangkin untuk kamu terus berjaya dan menjadi manusia-manusia yang berguna







No comments:

Post a Comment