Sunday, December 7, 2014

My Super Monday Datang Lagi... Aarrgghhhhh



Hari ISNIN datang kembali... Cepat nya la masa berlalu kan.. Rasa malas untuk menempuh hari ISNIN yang sangat membosankan.. Hari ISNIN yang sangat memenatkan... Hari ISNIN yang super duper BZ.. Macam mana malas sekalipun kita, hari ISNIN pasti menjelma dan mahu atau tidak, kita semua wajib bekerja pada hari tersebut ekekekeke.. Untuk menangani rasa malas atau punMONDAY BLUES ni, moh kita praktik kan tips di bawah semasa hujung minggu... muga-muga dengan cara ini, kita semua akan lebih bersemangat untuk menghadapi hari ISNIN... Welcoming ISNIN...

1. BEREHAT SECUKUPNYA PADA HUJUNG MINGGU

Kebiasaan nya pada malam Jumat atau hari Sabtu, anda akan menghabiskan masa untuk bersenang-senang atau menonton televisyen sehingga lewat malam... Untuk mengembalikkan keadaan badan pada hujung minggu, berehatlah secukupnya di rumah...
Tidur dan rehat yang cukup pada hujung minggu akan membuatkan badan anda lebih segar untuk menempuh hari esoknya.. Jadi, tiada alasan untuk anda mengantuk dan penat pada pagi ISNIN itu....

2. NIKMATI SARAPAN DENGAN COKLAT

Coklat cukup dikenali sebagai pembangkit mood seseorang.. Dengan memakan coklat, ianya akan dapat meningkatkan hormon serotonin iaitu hormon anti-depresi.. Apabila mood anda telah terjaga, secara tidak langsung perasaan malas akan hilang...
Untuk itu, cubalah bersarapan dengan minum segelas coklat panas dan sekeping roti bersalut coklat..

3. BERJEMUR DI BAWAH MATAHARI

Ambillah masa selama 15 minit untuk berjemur di bawah sinaran matahari.. Sinaran matahari pada waktu pagi dapat mengembalikan semangat dalam badan selepas dua hari bermalas-malasan di rumah..
Waktu yang paling afdal di antara jam 9 pagi ke 10:30 pagi... Keadaan ini dapat mengembalikan mood dan semangat bekerja nanti...

4. MANDI DENGAN AIR SEJUK

Malas untuk bangun pagi dan melangkah ke bilik air.. Lebih-lebih lagi apabila mandi dengan air sejuk.. Mungkin kebanyakkan anda lebih suka memanjakan diri dengan mandi menggunakan air suam...
Sebenarnya mandi dengan air sejuk pada waktu pagi adalah lebih baik berbanding air suam kerana ia dapat menyegarkan dan membangunkan fungsi badan anda....

5. MEMILIH PAKAIAN KERJA TERBAIK

Memilih pakaian kegemaran atau yang terbaik dapat meningkatkan mood kerja anda.. Pakaian yang terbaik bukan hanya membuatkan anda merasa selesa malah ia juga dapat meningkatkan kepercayaan diri dan penampilan anda akan jadi lebih yakin...

6. BANYAKKAN MINUM AIR PUTIH

Ramai orang mengeluh kerana tiada mood dan kepenatan.. Namun begitu, sebenarnya kerana mereka mengalami dehidrasi...
Kurang pengambilan mineral dalam badan akan meyebabkan tekanan darah meningkat dan kurang nya tumpuan pada kerja... Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas sehari...

7. BIASAKAN DIRI DENGAN MENAIKI TANGGA

Jika sebelum ini anda menggunakan lif, cubalah untuk menggunakan tangga pula.. Cara ini membantu meningkatkan mood dan mengurangkan kegelisahan... Ingat, jangan keterlelauan kerana ia mungkin membuatkan anda berpeluh dan pakaian kerja anda akan berbau...
Menaiki tangga selama lima minit adalah lebih baik daripada menggunakan lif atau tangga bergerak...

8. BERJALAN-JALAN DI ANTARA WAKTU KERJA

Seseorang itu perlu ada waktu rehat di antara waktu kerja kerana ia membantu menenangkan fikiran seseorang.. Pada waktu senggang ini, berjalanlah di taman, membeli air atau snek di kafe pejabat...
Penelitian lain menunjukkan seseorang yang suka berjalan selama 10 minit setiap hari dapat meningkatkan tenaga sebanyak 18% berbanding mereka yang tidak pernah berganjak daripada kerusi kerjanya...

Jom semua.. Kita praktik kaedah kaedah ini.. Mudah-mudahan anda semua akan lebih menyukai hari ISNIN dan "NO MORE MONDAY BLUES"..... 

Sumber : Ustazah SHAHIRA







No comments:

Post a Comment