Monday, December 8, 2014

Adik-Beradik Diganggu Hantu Abang



Aku di kunjungi oleh seorang rakan wanita berbangsa Cina dimana dia dulu adalah rakan study ku semasa aku menuntut di universiti satu masa dulu, kebetulan pula hari ni aku cuti sakit selama dua hari.

Dalam perbualan kami dia beria-ria menceritakan kisah yang menimpa adik beradik berbangsa Cina ini yang baru kematian abang mereka

Hampir setiap malam adik-beradik dia diganggu oleh roh abang mereka dalam mimpi. Jadi mereka berjumpa seorang bomoh cina di hujung sebuah Kampung Baru Cina. Bomoh Cina tu berkata bahawa roh abang dia tidak tenteram, banyak sangat benda yang dia rindu kepada barang-barang kepunyaan dia semasa hidupnya.

Jadi nak bagi roh abang mereka aman, bomoh itu mencadangkan mereka buat patung atau barang replika diperbuat dari kertas dan dibakar di atas kubur abang mereka. Jadi banyaklah replika harta dibuat.. replika kereta, replika isteri, wang, rumah, jam tangan, tv, hifi set, peti sejuk, laptop, oven, PS3 dan akhirnya handset mahal yang baru dibeli olehnya sebelum dia mati. 

Selepas dibakar barulah adik-beradik itu tidur pada belah malam dan mereka tidak lagi diganggu oleh roh abang. Tiba-tiba handset salah seorang adik mereka berbunyi... dapat mesej dari abang mereka yang sudah mati... agak berdebar-debar dibuatnya... tertulis pesanan ringkas lalu dia baca


"adik, charger handsetnya mana?"

Sumber : Andrea Chong







No comments:

Post a Comment