Monday, December 21, 2015

Memujuk Hati


"Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Oleh itu,
Bila kita menyangka bahawa hanya kita yang merasa,
Hanya kita yang melalui,
Dan hanya kita yang mengerti,
Kita silap, dan kita salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kita rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kita lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kita yang tak pernah tahu,
Kita yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kitalah yang paling susah, 
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, mari kita kesat air mata,
Walau serumit mana situasi kita.
Pujuklah hati.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kita bersandar harapan padaNYA, 
ALLAH tak akan sekali-sekali mempersia harapan kita.
Bila kita mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
ALLAH tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kita."

Hisyam Abd Majid
Menjelang 24,25,26 dan 27hb Disember 2015
Hari-hari yang sepatutnya menjadi sejarah indah






No comments:

Post a Comment