Friday, June 12, 2015

Bila Isteri Cerewet Suka Cakap Kuat Kuat


Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Nakamura. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya. Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.

Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Nakamura sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Nakamura supaya meninggalkan isterinya itu.

Bak kata pepatah Melayu, belakang parang jika diasah tiap tiap hari akhirnya tajam juga. Akhirnya Nakamura pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Maka suatu hari Nakamura mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Nakamura melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar berdekatan dengan perigi itu. Lantas dengan pantas Nakamura menolak isterinya itu jatuh masuk ke perigi buta tersebut.

Sepuluh minit pertama Nakamura merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini dia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Nakamura mulai merasa sepi juga karena dia tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Nakamura kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Nakamura apabila yang naik itu bukan isterinya, melainkan seekor makhluk yang menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, rupanya makhluk itu adalah penunggu perigi buta itu selama ini.

Dengan perasaan takut takut berani Nakamura terketar-ketar bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut laaa, entah macamana tetiba di bawah tu ada pulak seorang manusia..... dah la cakap kuat kuat, cerewet pulak tu..... pekak telinga aku....."











No comments:

Post a Comment