Thursday, June 11, 2015

Putus Tunang



“Hei Syim.. Kau okay ke?” Aku menyapa sepupuku Hasyim. Seorang pomen. 

Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut, “Entahlah... Hari nikah dah tak lama lagi. Segala persiapan semua dah dibuat. Kad jemputan kawin pun dah abis di edarkan. Hmmphhh. 

Suasana sepi seketika, sepupuku menyambung lagi kata-katanya "Tapi... beberapa hari ni aku rasa sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Sampai bengkel terpaksa ku tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana.

Dengan menundukkan muka sambil mengeleng-gelengkan sedikit kepalanya dia meneruskan kata-kata Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain.”

Aku terkejut. “Biar betul kau? Kan lagi sebulan je tarikh nikahnya, lagi pun dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang je dia nak tinggalkan kau.”

“Iyer betul ni. Aku sendiri pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni.”

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

“Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama.

Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli apa orang kata. Aku bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada, yang selalu menyayangi dirinya seadanya. Sekurang-kurangnya dia ada aku.

Lama-lama, aku rasa tercabar juga. Aku berniat nak transform dia jadi macam wanita lain. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, bertungkus-lumus aku bekerja siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan kawan-kawan rapat datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je laa. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, aku dah macam orang minyak dah, siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku.

Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain lagi.

Aku buat semua ni sebab aku sayang dia. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun turut rasa happy.

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model dah aku tengok. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, dah takde dah yang mengutuk, kin i kutukan dah bertukar dengan pujian.

Dia pun tambah sayang dekat aku. Tu yang kemudian, kami bertunang tu.

Masa bertunang, aku kerja makin rajin, kebetulan pelanggan pun ramai sikit. Aku teringin nak beli kereta untuk dia. Proton Wira je pun. Supaya senang dia nak pergi kerja. Akhirnya awal tahun ni hari tu, aku dapat belikan dia kereta tu. Second hand je. Aku letak atas nama dia pun. Tapi sebelum tu, aku dah repair semua macam baru. Modified full set.

Tapiiiii... minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.

Aku merayu kat dia semampu hati aku. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian rupanya. Dia datang dengan teman lelaki dia yang baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku bagi seliang penumbuk kat muka lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last last, aku gak yang kena maki dengan tunang aku. Aku gak yang disalahkan.”

Terdiam seketika, Ku lihat Hasyim dah menitiskan air mata lelakinya. Setahu aku sepupuku itu sangatlah tabah orangnya. Namun setabah-tabah dia menangis juga akhirnya. Tentu hal ini amat mengecewakan jauh di lubuk hatinya. Aku berusaha menenangkannya. Lalu... dia menyambung kata-kata,

“Kelmarin... aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi tu. Dia nak buat apa kereta tu lagi, Kan teman lelaki barunya dah ada kereta yang lagi mewah? Tapi dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan aku selama ni. Dia maki hamun aku cukup-cukup.

Dia lupa, selama ni aku laa yang berdiri di belakang dia, support dia segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia? Jantan yang angkut dia tu hanya suka dia masa dia dah cantik lawa bergaya je, kalau dia masih macam rupa dia dulu, aku rasa belum tentu lagi jantan tu mahu”

Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 180 darjah sekelip mata.

“Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua sedara-mara sahabat handai, baik laki maupun perempuan. Jangan kerana sayang, segala-galanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk makwe atau pakwe ni. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita.

Aku pun terfikir, Selama ni aku tak pernah berhabis untuk mak dan ayah aku. Tuntutan Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Mak dan ayah aku yang dah 28 tahun bela aku dari lahir hingga sekarang, aku tak le pulak berbelanja sebegitu rupa. Mak dan ayah aku yang dalam keadaan macamanapun aku, menatang cinta sayang mereka kepada aku, aku tak pandang pun. Tapi... untuk orang yang aku kenal 3 tahun dan aku jatuh cinta, aku berhabis sedaya-upaya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku sedar. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Apa perintahNya? Dari mana aku dilahirkan? Dari siapa aku berasal? 

Malunya akuuuuuu. Alhamdulillah. Aku redha segala-galanya walaupun hati aku sedih yang teramat sangat.”

Aku sebak mendengar ceritanya.

Dua tahun kemudian, Hasyim mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis yang jauh lebih baik, lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersamanya. Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. 




Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah dan pengajaran. Hanya kita sering salah membuat pilihan.






No comments:

Post a Comment