Thursday, June 11, 2015

Mencari Mimpi

Satu awal pagi (2.30am) yang sunyi, dingin, hening, aku terasa begitu sunyi dan sendirian, lalu otak ku berfikir akan jalan jalan kehidupanku yang telah aku lalui dan yang bakal aku tempuhi. Hmmmmmmmmmmmmm.

Ternyata kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan. Aku perlu berusaha dengan kesabaran maka InsyaAllah aku akan mencapai kejayaan. 

Namun, tidak semua yang aku usahakan, akan menghasilkan apa yang aku impikan. Ada masanya, semakin aku berusaha semakin dekat kegagalan menghampiri diriku. Itulah hakikat kehidupan yang perlu aku terima, qada dan qadar yang telah ditetapkan. 

Sebagai manusia, aku harus sabar menghadapi ujian hidup ini. Aku ikhlas dalam segala yang aku lakukan. Aku tidak mengharapkan sebarang ganjaran dan pujian, kerana aku tahu tidak semua orang tahu menghargai. Jarang ada orang yang menghargai apa yang mereka ada dan apa yang mereka terima. 



Begitulah kehidupan, langit tidak selalunya cerah, ada masanya mendung dan kemudian hujan datang menimpa. Jadi perlulah aku sediakan payung sebelum hujan. Aku perlu bersedia sentiasa dalam menghadapi sebarang kemungkinan.


Ada masanya aku merasakan kehidupan ini terlalu indah. Ada masanya aku merasakan aku bersendiri menjalani kehidupan ini walaupun aku berada di tengah kesibukan kota. Sering sahaja aku bersendiri menghadapi cabaran hidup, walaupun kononnya aku berada disamping seseorang yang sering mengungkapkan kata-kata cinta, dan janji-janji akan sentiasa bersama, dalam susah dan senang kehidupan. Itulah warna-warni kehidupan. Pengalaman mengajar aku erti kehidupan, menjadikan aku semakin matang dan bijak membuat keputusan.

Gembira atau duka, suka atau benci, aku perlu meneruskan hidup ini. Suka, duka adalah permainan hidup yang aku tidak akan dapat lari dari merasainya. 

Aku akan terus mencari kegembiraan dan mencari kebahagiaan. Akan aku teruskan perjalanan hidup ini bersama semangat dan keazaman. 

Ku tanya pada diriku apa yang aku mahukan kerana hatiku tidak pernah menipu dan di situ aku akan bertemu jawapannya.

Tiba-tiba aku terdengar bait bait ini, indah dan menepati diriku dikala ini


Hisyam Abdul Majid



Sepanjang perjalanan
Meniti kehidupan
Kucari mimpi-mimpi
Tak pernah kutemui


Umpama pengembara,
Kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa

Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun kusedari
Ku meniti pelangi

Kerana keindahan
Warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata.....

Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram
Mengasyikkan.....

Sejenak kubiarkan diri
Melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah
Sia-sia

Seumpama.....
Pengembara.....
Terpedaya.....

Kerana mimpi..... 
Hanya mimpi.....





No comments:

Post a Comment