Tuesday, February 11, 2014

Antara Kentang, Telur Dan Bijian Kopi

Seorang anak perempuan mengadu sambil menangis kepada bapanya bahawa hidupnya sengsara dengan macam-macam masalah, setiapkali dia dapat mengatasi satu masalah akan datang satu masalah lagi menimpanya, dia berasa letih asyik berusaha mengatasi dan bergelut dengan masalah sepanjang masa.

Setelah berfikir seketika si bapa mengajak anaknya ke ruang dapur. Dia meminta anak perempuannya memerhatikan dengan sabar apa yang akan dia lakukannya. 

Si bapa mengisi tiga periuk yang sama besar, dengan jumlah air yang sama banyak, dan menjerang ketika-tiga periuk tersebut diatas tiga tungku pembakar dapur pada api yang sama kuat. 

Kemudian si bapa memasukkan sebiji kentang kedalam periuk yang pertama, sebiji telur ayam ke dalam periuk yang kedua dan segengam bijian kopi kedalam periuk yang ketiga. Lalu dibiarkan ketiga-tiga periuk tersebut terjerang diatas dapur.

Setelah 15 minit air rebusan pada ketiga-tiga periuk itu pun mendidih dan si bapa menutup api dapur. Si bapa meminta sekali lagi anak perempuannya mengamati betul-betul apa yang akan ditunjukkan selepas ini.

Si bapa mengambil kentang dari periuk yang pertama dan meletakkan dalam sebuah mangkuk, dan mengambil telur dari periuk yang kedua dan meletakkannya kedalam mangkuk yang berlainan, menuangkan air kopi dari periuk ketiga kedalam satu cawan.

Dia bertanya kepada anaknya "Apa yang Siti lihat?" Dengan cepat anaknya menjawab "Sebiji kentang, sebiji telur dan satu cawan kopi".

Si bapa meminta anaknya mengamati dengan lebih teliti akan perubahan fizikal antara kentang, telur dan kopi itu setelah dimasak. Anaknya memicit kentang dan mendapatinya lembut, kemudian memecah kulit telur dan mendapati isinya pejal, seterusnya menghirup air kopi dan mendapati aromanya kaya menyegarkan dengan rasanya yang sedap sehingga terukir senyuman dibibir.

Siti bertanya "Ayah! sebenarnya apakah yang ingin ayah sampaikan?"

Si bapa menjelaskan bahawa kentang, telur ayam dan bijian masing-masing menghadapi masalah yang sama, dimasak dengan kuantiti air yang saya, dalam bekas yang serupa dan kekuatan api yang tiada bezanya. Walau bagaimanapun, reaksi masing-masing berbeza antara satu sama lain.

Kentang yang sebelumnya padat dan kental tetapi di dalam air yang mendidih, ia menjadi lembut dan lembik, sedangkan warna air masih jernih. 

Telur yang hanya ada kulit yang rapuh untuk melindungi isi telurnya yang cair, apabila berada di dalam air mendidih ia berubah menjadi pejal, tetapi warna air tetap juga jernih. 

Manakala bijian kopi adalah unik, selepas dididihkan dengan air yang mengelegak panas, ia menukar warna air kepada lebih menarik, menerbitkan aroma yang lebih menyegarkan, dan menarik selera untuk dihidangkan, dalam ertikata lainnya ia mencipta sesuatu yang baru.

"Dan sekarang, yang mana satu mewakili Siti anakku sayang?" tanya si bapa, "Apabila masalah mengetuk pintu kehidupanmu, bagaimana tindak balas Siti untuk mengatasinya demi mengubah nasib kehidupan?"

"Adakah Siti akan bertindak seperti kentang? Telur? Atau bijian kopi itu tadi?"

In Life,
Things Happen Around Us,
Things Happen To Us,
But The Only Thing That Truly Matters
Is What Happens Within Us.

Jangan Mengeluh Dengan Masalahmu
Jika Kamu Rasa Bebanmu Lebih Berat Daripada Yang Lain,
Itu Kerana Allah Melihatmu
Lebih Kuat Daripada Yang Lain.


No comments:

Post a Comment