Saturday, February 8, 2014

Berpindah Setelah Kahwin - Hmm! Duit Lagi

Angan-angan bila sudah berumahtangga, rasanya nak le duduk kat rumah sendiri, tak kisah le jika kena menyewa rumah, janji rumah sendiri. Kan best kalau dapat rumah yang mudah dan dekat untuk ke tempat kerja. Fikir punya fikir.... belanja kahwin je dah mencecah lebih RM35000 (rujuk entry Kahwin - Mampu Ke?). Nak pindah rumah ni berapa pulak kosnya, hmmm lalu saya ajak geng saje-saje bincang apa yang perlu ada sebelum berpindah rumah. Kami sendiri terkejut setelah mengambil kira pelbagai aspek untuk manjadikan 'Rumahku Syurgaku' maka, End-up inilah hasilnya huhu.





Kebiasaannya rumah-rumah sekarang mempunyai 3 bilik, dan sebagai pasangan baru semestinya hanya duduk berdua suami isteri je, so saya cadang lebih baik 2 bilik lagi dibuat Bilik Tetamu dan Bilik Menulis/Membaca memandangkan saya adakalanya bawa balik sikit kerja-kerja pejabat untuk diteliti semula.



Ada lagi rasanya beberapa benda yang tertinggal tapi cukup le setakat ni sebagai panduan keperluan yang perlu ada sebelum berpindah rumah. Nampaknya saya perlu beransur-ansur menabung seawal mula kerja lagi bagi mencapai impian berumahtangga. Kalaupun masih tak berumahtangga kena ada rumah juga, Takkan le asyik nak menempek kat rumah kawan-kawan atau rumah ibubapa je sampai bila-bila. 

Mengisi Dan Membina Kehidupan Berumahtangga Tidaklah Semudah Ayat-Ayat Power Bercinta. 
Semasa Bercinta, Janji-Janji Manis Memikat Hati Mudah Sahaja Dituturkan, Semudah Janji Itu Diabaikan Setelah Berumahtangga. 


Perkahwinan Bukanlah Kemuncak Sesebuah Percintaan,
Ia Adalah Permulaan Dunia Sebenar Percintaan.

Cinta Itu Tidak Pernah Buta
Anda Terbuka Melihat Kebaikan Dan Keburukan Cinta
Cuma Anda Selalu Tidak Menghiraukannya
Dan Itulah Yang Selalu Membuat Anda Menyesal Akhirnya



No comments:

Post a Comment