Thursday, February 27, 2014

Memuaskan Hati Orang - Camana Pula Dengan Hati Sendiri?

Di awal pagi di sebuah pasar, seorang pemuda ingin memulakan perniagaan ikannya dengan cara yang lebih terurus, kali ini dia memasang papan tanda 'Di Sini Menjual Ikan Segar' di sebelah raga ikan-ikan segarnya hasil tangkapan malam tadi.

Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung yang bertanyakan tentang tulisan pada papan tandanya "Mengapa kamu tuliskan 'Di Sini'? Bukankah semua orang tahu kamu berniaga di sini bukan di sana?"

"Benar juga" fikir pemuda itu dalam hatinya, lalu dihapusnya tulisan 'Di Sini' pada papan tandanya. Maka tinggallah perkataan 'Menjual Ikan Segar'.

Tidak lama kemudian datang pula pengunjung yang kedua, yang juga bertanyakan tulisan pada papan tandanya. "Mengapa kamu guna perkataan 'Segar'? Bukankah semua orang sudah tahu bahawa kamu selama ini memang menjual ikan-ikan yang segar, bukannya ikan lama atau ikan yang sudah busuk?"

"Betul juga" fikir pemuda itu dalam hatinya, lalu dihapuskannya perkataan 'Segar' dan tinggallah perkataan 'Menjual Ikan'.

Beberapa minit kemudian datang pula pengunjung yang ketiga, pengunjung itu juga bertanyakan tulisan pada papan tanda pemuda itu. "Mengapa kamu tulis perkataan 'Menjual'? Bukan ke semua orang tahu yang ikan-ikan kamu ni untuk dijual bukan untuk dipamerkan sahaja?"

"Ye tak ye juga" berkata dalam fikiran pemuda itu, lalu di memadamkan perkataan 'Menjual' dan tinggalkan perkataan 'Ikan'.

Selang beberapa minit datang pula pengunjung  yang ke empat, dengan rasa hairan pengunjung itu bertanya "Mengapa kamu tulis perkataan 'Ikan'? Bukankah semua orang sememangnya tahu yang ini adalah ikan, bukannya daging lembu atau ayam?"

"Ishk betul juga" kata hati pemuda tu, akhirnya pemuda itu menurunkan papan tandanya.

Setelah semua hasilnya terjual pada hari itu, di ketika pemuda itu melepaskan penat lelahnya dia terfikir "Bagaimana dengan hasratnya ingin memulakan perniagaan dengan lebih terurus jika asyik melatah dengan komen-komen orang yang tidak membina dan akhirnya merugikan dirinya sendiri"


No matter what you look like
You're beautiful in your own way
Don't let anybody bring you down,
because the ones that say you're ugly
Are actually the ones that wish they were
as beautiful as you are


nukilan Hisyam Abd Majid


No comments:

Post a Comment