Monday, February 10, 2014

Menyingkap Kisah Diri Seorang Sahabat

Tersebutlah sebuah kisah seorang pemuda yang sangat menaruh perasaan cinta terhadap seorang gadis. Gadis pilihannya itu bukanlah seorang yang tercantik atau paling rupawan tetapi gadis itulah segala-galanya bagi dirinya. Pemuda itu sering mengambil berat dan membantu memudahkan sebarang urusan gadis tersebut. 

Siang dan malam pemuda itu mengimpikan untuk membina kehidupan sebagai suami isteri bersama gadis idamannya, malah dalam diam dia sudahpun membuat persiapan yang cukup dari sudut ilmu, kemudahan dan keperluan untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia demi cintanya. 

Satu hari kawannya bertanya "..... peliknya, bagaimana kamu terlalu mengimpikan gadis itu, sedangkan kamu sendiri tidak tahu samada gadis idaman kamu itu suka atau tidak kepada kamu?" " Sebaiknya kamu terus terang sahaja akan  perasaan kamu selama ini kepada gadis kesayangan kamu tu dulu dan selepas itu kamu akan tahu samada gadis itu menerima kamu atau tidak" saran kawannya. Pemuda itu mengangguk-nagguk setuju.

Dalam suasana lain si gadis idaman pemuda itu memang sedar dari awal lagi bahawa pemuda tersebut menaruh perasaan cinta kepadanya.

Satu hari pemuda tersebut berjumpa dengan gadis idamannya itu lalu meluahkan perasaannya selama ini dan terus melamar gadis tersebut dengan rayuan yang penuh sopan, tanpa disangkanya gadis idamannya menolak cintanya itu begitu sahaja.

Setelah hal ini sampai ke pengetahuan kawan-kawan si pemuda, mereka menyangka sudah tentu pemuda itu akan merana dan terumbang ambing hidupnya. Tetapi mereka terkejut apabila bertembung dengan pemuda tersebut, dia kelihatan tenang dan bagaikan langsung tidak tertekan dengan penolakan gadis yang selama ini menjadi pujaan hatinya.

Mereka bertanya kepada pemuda itu bagaimana dia tidak berasa sedih apabila cintanya ditolak oleh gadis idamannya begittu sahaja, pemuda itu menjawab "Mengapa saya perlu berasa sedih, kerana saya hanya kehilangan seorang yang tidak pernah menyayangi saya, sedangkan dia kehilangan seorang yang sangat mencintainya dan selalu mengambil berat akan kebahagian dan masa depan kehidupan dirinya".

True Love Is Hard To Get
Love Is All About Giving To Other Person Without Greed Of Gaining Anything In Return
If Other Person Rejects it,
Its him/her who will be losing most important thing in life
So Never Feel Rejected.


Luahan Dari Hisyam Abd Majid


No comments:

Post a Comment