Friday, February 21, 2014

Antara Tugasan, Selera, Derita Dan Senyuman

Mahu tidak mahu saya terpaksa ke Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pagi ini, tiada pilihan lain melainkan kena berada di sana juga untuk menyudahkan satu tugasan. 

Pintu Utama Kampus USM

Fail:USMInternational.jpg
Pejabat Antarabangsa USM

Sebaik habis tugasan.... perutku plus seleraku meruntun-runtun nak pekena Nasi Beriani.... Aku luncurkan keretaku menuju ke Restoran Kapitan Di Bayan Baru Pulau Pinang.... Terus order Nasi Beriani Dengan Ayam Tandori.... Hmmmm menepati selera

Restoran Kapitan Kat Queensbay

Nasi Beriani Dengan Ayam Tandori - Power Beb

Tugasan pun dah siap, selera pun sudah dilayan, hmmm nak kena singgah ke Ipoh Specialist Center Di Ipoh, Perak lak ni. kelihatan je macam terkejar-kejar tetapi sebenarnya pengurusan masaku begitu lancar dan menepati sebagaimana yang dijadualkan. 

Ipoh Specialist Centre

Bilik Pemeriksaan

Ketika sedang menunggu diruang menunggu di bilik pemeriksaan, tiba-tiba aku tersenyum sendirian bila mengenangkan kisah yang pernah diceritakan padaku ketika sesi sembang-sembang dengan rakan-rakan setugas.

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka....

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama. "Tahniah! Isteri tuan selamat melahirkan anak kembar dua"

Lelaki yang pertama berkata dengan perasaan riang gembira "Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di Menara Berkembar Petronas, Alhamdulillah"

Beberapa Minit kemudian, seorang jururawat lain pula datang memberitahu kepada lelaki kedua  "Isteri tuan telah selamat melahirkan bayi kembar tiga, tahniah tuan"

"Apa? Kembar tiga! Alhamdulillah...." lelaki kedua itu terkejut, tetapi kemudian dengan senyum dan bangga dia berkata "Kebetulan, saya bekerja di 3G Telecommunication"

Setengah jam kemudian, seorang jururawat lain pula memberitahu kepada lelaki ketiga "Tuan, saya ucapkan tahniah, kerana isteri tuan telah selamat melahirkan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan jelas, tenang dengan senyuman.

"Kembar empat!" melompat keriangan lelaki ketiga itu lalu menambah "Alhamdulillah, sungguh saya tak menduga dengan ketentuan ini, sebab saya bekerja di Four Season Hotel".  Gembira sungguh lelaki ketiga itu.

Mendengarkan itu semua, lelaki yang keempat kelihatan resah dan gelisah, dan mundar mandir seperti kehilangan arah. 

Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Lalu mereka bertanya "Apakah yang merunsingkan awak?"

Dengan perasaan tak tentu arah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven"

"Bercinta itu mudah
Berkahwin itu indah
Mengisi Kehidupan Sesudah Berkahwin Itu Adalah Amanah
Amanah Itu Selalunya Payah
Jika Asal Pertemuan Bukan Kerana Allah"

Baginda Rasulullah SAW bersabda
"Jangan kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun,
kerana pada empat bulan pertama kelahirannya
dia bersyahadah LA ILA HA ILLALLAH,
pada empat bulan kedua dia berselawat ke atas 
Nabi SAW.
dan pada empat bulan seterusnya pula dia mendoakan kedua ayah dan bondanya.
Hadis riwayat Abdullah Ibnu Umar r.a.

comelnya, anak sape le ni

Anak Adalah Anugerah
Anak Adalah Amanah
Anak Juga Adalah Ujian Dari Allah





No comments:

Post a Comment