Sunday, February 9, 2014

Perkara-Perkara Penting Dalam Kehidupan

Di sebuah universiti pada satu sessi pagi, seorang profesor falsafah hadir ke bilik kuliahnya yang penuh dengan penuntut. Dia berdiri di hadapan kelas dengan mejanya terdapat beberapa bahan serta objek pada satu sudut. Semua penuntut diam memberi perhatian kepada profesor menjadikan kelas bagaikan senyap sunyi.

Dengan hanya bahasa isyarat tanpa berkata apa-apa, profesor memulakan kelas dengan mengambil sebuah balang kaca kosong yang sederhana besar lalu mengisinya dengan ketulan ketulan batu yang berukuran kira-kira 2 inci diameter setiap satu sehingga sampai ke muncung balang kaca tersebut.

Lalu profesor bertanya kepada penuntutnya, samada balang tersebut sudah penuh. Semua penuntutnya bersetuju bahawa balang kaca tersebut sudah pun penuh.

Profesor kemudian mengambil sejumlah batu-batu kerikir yang bersaiz kira-kira sebesar guli dan memasukkannya ke dalam balang kaca itu kemudian mengoncang-goncangkan sedikit balang tersebut, maka kerikir yang bersaiz guli itu memenuhi ruang-ruang terbuka diantara ketulan-ketulan batu yang besar sebelumnya. Mengisi lagi batu-batu kerikir dan mengulang goncangkan balang kaca tersebut sehinggalah tidak boleh mengisikannya lagi.

Kemudian profesor itu bertanya semula kepada penuntutnya, adakah balang tersebut sudah penuh. Semua penuntutnya tetap bersetuju bahawa balang kaca tersebut sudah cukup penuh.

Seterusnya profesor mengambil sejumlah pasir halus dan menuangkan kedalam balang kaca dan mengoncang balang itu lagi supaya pasir memenuhi ruang-ruang kosong yang masih berbaki diantara ketulan-ketulan batu besar dan kerikir-kerikir yang bersaiz guli dan mengulanginya beberapa kali sehinggalah pasir memenuhi paras muncung balang.

Profesor bertanya sekali lagi "Adakah balang kaca ini sudah penuh?" Sebulat suara semua penuntut mengatakan "Ya". Profesor menyambung kata-katanya "Sekarang, saya mahu anda semua mengenali bahawa balang kaca ini adalah mewakili kehidupan anda". 

"Ketulan-ketulan batu yang besar tersebut adalah merupakan perkara-perkara penting kepada anda, seperti keluarga anda yang terdiri daripada ibubapa, suami isteri, anak-anak, dan sahabat serta kesihatan anda. Yaitu bahawa apabila segala-galanya sudah hilang, hanya mereka kekal bersama awak dan anda akan berasa hidup anda masih penuh dengan adanya mereka disekeliling  awak".

"Kerikir-kerikir batu bersaiz guli itu pula merupakan perkara-perkara penting yang lain dalam hidup anda, seperti harta benda anda, contoh seperti pekerjaan anda dan hartabenda anda".

"Manakala pasir-pasir adalah merupakan segala-galanya hal yang kecil dan tidak penting".

"Jika anda memasukkan pasir-pasir itu terlebih dahulu kedalam balang, semestinya tidak cukup ruang untuk memasukkan batu-batu kerikir dan apatah lagi batu-batu besar kedalam balang tersebut".

"Begitulah juga dalam kehidupan anda. Jika anda banyak menghabiskan masa dan tenaga anda kepada perkara-perkara yang tidak penting, Anda tidak akan ada ruang waktu untuk perkara-perkara yang penting bagi anda".

"Oleh itu, utamakanlah perhatian kepada perkara-perkara yang sangat penting untuk kebahagian, seperti ruang waktu bersama suami/isteri, bermain dan melayani anak-anak, mengeratkan silaturahim persahabatan dengan sahabat-sahabat, mengambil berat kesihatan seisi keluarga anda. Kerana merekalah yang tetap bersama awak ketika andainya anda ditakdirkan kehilangan segala-galanya satu hari kelak".

"Akan sentiasa adakan masa untuk bekerjaya, menjaga hartabenda anda, dan memastikan keselesaan anda sekeluarga juga ruang waktu bersama-sama client anda"

"Dalam hidup, anda perlu tahu menilai dan mengambil kira perkara-perkara yang paling penting bagi kebahagian hidup anda terlebih dahulu kerana yang selebihnya adalah pasir semata-mata".

Perjalanan Hidup Ini Masih Jauh Untuk Dilalui
Berusahalah..... Jalan Leka.....



Spend Life 
With Who Makes You Happy,
Not Who You Have To Impress.

Life Is Like A Camera
Focus On What's Important
Capture The Good Times
Develop From The Negatives
And If Things Don't Work Out
Take Another Shot

No comments:

Post a Comment