Wednesday, February 19, 2014

Setiap Ketentuan Mesti Ada Hikmah

Di sebuah syarikat ternama seorang pemuda menghadiri temuduga terbuka bagi jawatan 'Office Boy'. Setelah selesai ditemuduga dia dikehendaki menjalani ujian mencuci lantai. 

"Tahniah awak lulus ujian dan diterima bekerja" kata pengurus yang menemuduganya. "Beri saya 'email address' awak dan saya akan emailkan borang pendaftaran bekerja kepada awak untuk awak isi dan kemudian awak boleh memulakan tugas awak di sini"

Pemuda itu menjawab "Saya tidak mempunyai email address malah saya tidak pernah memiliki sebuah komputer pun"

"Minta maaf" kata pengurus syarikat "Bagi syarikat ini, teknologi maklumat dan komunikasi adalah cara kami berhubung mahupun sesama kakitangan kami, jika awak tidak ada email address bererti awak tidak selari dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, oleh itu awak ketinggalan zaman. Orang yang ketinggalan zaman tidak layak untuk bekerja disini"

Pemuda itu keluar meninggalkan syarikat tersebut dengan perasan kecewa, dia mengakui kemiskinan memaksa dirinya tidak arif dalam teknologi maklumat dan komunikasi, rata-rata syarikat yang dia pergi memerlukan kebolehan dalam bidang tersebut. 

Pemuda itu berasa seperti putus harapan, Dia tidak tahu apa lagi yang dia boleh buat kerana wang sakunya hanya berbaki 10 dollar sahaja lagi. Untuk meneruskan hidup dengan hanya 10 dollar adalah sesuatu yang mustahil jika tiada kerja yang mendatangkan pendapatan.

Dia merenung ke sebuah 'hypermarket' yang tersergam di seberang jalan tempat dia bermenung. Akhirnya pemuda ini mengambil keputusan menuju ke 'hypermarket' itu, lalu dia membeli satu peti tomato seberat 10kg. Pemuda itu kemudian mencuba dan berusaha menjual buah-buah tomato itu dari pintu ke pintu di satu kawasan yang padat penduduknya.



Dalam masa kurang 2 jam, dia berhasil menjual kesemua tomatonya dan berjaya mengandakan modalnya 100%. Dia mengulangi dengan membeli lagi satu peti tomato dan menjualnya semula dan seterusnya sehinggalah dia pulang ke rumah dengan membawa sejumlah 60 dollar.

Malam itu, pemuda itu berfikir sendirian, dia yakin dengan cara ini dia boleh meneruskan kesinambungan hidupnya. Esuknya dia keluar rumah lebih awal untuk berniaga seperti semalam berulang-ulang melipat ganda usahanya hingga pulang lebih lewat. 

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan pendapatan pemuda itu makin bertambah dan bertambah. Tidak lama selepas itu dia mampu membeli sebuah troli untuk memudahkan perniagaannya. Setahun selepas itu dia mampu membeli sebuah van tua untuk memajukan perniagaannya. Begitulah dari tahun ke tahun sehinggalah akhirnya pemuda itu mempunyai rangkaian  pengangkutan untuk memasarkan barangan harian.

Lima tahun kemudian pemuda itu dikenali sebagai pemilik salah satu syarikat pemasaran barangan runcit yang terbesar. Dia mula memikirkan masa depannya untuk berkeluarga. Bagi melindungi perniagaannya pemuda itu memangil seorang ajen insuran untuk menerangkan plan-plan insuran yang sesuai bagi perniagaannya.

Setelah berpuashati dengan salah satu plan perlindungan insuran yang dicadangkan, ejen itu bertanya "Boleh saya dapatkan 'email address' tuan bagi bagi tujuan syarikat insuran saya mengirim borang-borang pendaftaran yang perlu diisi oleh tuan"

Pemuda itu menjawab "Saya tidak pernah ada 'email address' "

Kagum dengan pemuda itu lalu ejen insuran itu berkata "Walaupun tidak pernah ada email address, awak mampu membina perniagaan sebesar ini. Bayangkan jika awak ada 'email address', awak agak awak bagaimana agaknya?"

Pemuda itu terdiam sejenak mengenang masa lampau kemudian menjawab "Saya hanya seorang 'Office Boy' "

Don't be discouraged if something 
is not in your favor today
Better opportunities are waiting ahead

Sometimes we don't see a sunshine behinds that rain
and good time behind that pain






No comments:

Post a Comment