Monday, February 10, 2014

Open Your Mind Before Your Mouth

Seorang doktor secara tergesa-gesa memasuki lobby hospital menuju biliknya, tanpa berlengah dia terus menukar pakaian dan segera menuju ke dewan pembedahan. Ketika melalui ruang menunggu diluar blok dewan bedah, doktor terserempak dengan bapa kepada pesakit yang menunggu pembedahan. 

Bapa pesakit itu berteriak kepadanya "Mengapa awak mengambil masa begitu lama untuk datang? Tidakkah awak tahu nyawa anak saya dalam bahaya? Apakah awak tidak ada rasa tanggungjawab? Bagaimana awak boleh diterima menjadi seorang doktor?"

Doktor tersenyum sambil menarik nafas dalam-dalam dan berkata "Saya minta maaf tuan, saya tiada di hospital ketika menerima panggilan, saya berusaha segera datang sebaik menerima panggilan kecemasan, saya harap tuan bertenang, InsyaAllah saya akan berusaha melakukan segala yang terbaik untuk anak tuan".

"Bertenang? Macamana kalau anak awak yang berada di dalam bilik bedah sekarang ini, adakah awak boleh bertenang?" Tembelak bapa pesakit dengan sangat marah.

Doktor masih tersenyum dan sekali lagi menarik nafas dalam-dalam dan menjawab "InsyaAllah kami akan melakukan yang terbaik, semuga Allah membantu usaha kami, Harap tuan mendoakan kejayaan kami dan semoga anak tuan berjaya serta selamat menjalani pembedahan dan sembuh dengan segera"

"Pandai-pandai je nak memberi nasihat, awak tak menghadapinya senang la awak cakap" Rungut bapa pesakit.

Pembedahan mengambil masa beberapa jam, sebaik pembedahan selesai, doktor keluar dengan wajah yang tenang dan terus menemui bapa pesakit, "Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, anak tuan berjaya diselamatkan, sekarang dia semakin stabil dan perlukan banyak rehat, jika tuan ada sebarang pertanyaan sila bertanya kepada jururawat yang bertugas" Tanpa menunggu sebarang reaksi dari bapa pesakit, doktor terus bergegas pergi meninggalkan blok pembedahan.

"Mengapa doktor itu begitu sombong, tak boleh ke dia tunggu beberapa minit untuk memberi ruang kepada saya bertanyakan keadaan anak saya?" Aduan bapa pesakit kepada jururawat yang bertugas yang kebetulan lalu dihadapannya sebaik kelibat doktor itu hilang dari pandangan.

Jururawat tersebut segera menjawab "Saya minta maaf bagi pihak doktor saya encik, sebenarnya anak doktor tu meninggal dunia subuh tadi dalam satu kemalangan jalanraya, dia sedang menguruskan jenazah anaknya ketika kami menghubunginya untuk melakukan pembedahan kecemasan ke atas anak encik".

Airmata jururawat mula meleleh dipipi "Sekarang dia telah berusaha untuk meyelamatkan anak encik tetapi perlu segera pulang agar sempat melihat jenazah anaknya sebelum dikebumikan".

Bapa pesakit terduduk, tunduk malu dan menyesali sikapnya sendiri

Think Before You Judge


Don't Let Your Emotions 
Ruin Your Life
Think Rationally

No comments:

Post a Comment