Tuesday, January 14, 2014

Ada Apa Dengan Kesunyian

Di tengah-tengah keriuhan cuti Maulidur Rasul ini, hati ku bagaikan dibawa rasa sepi dan menyendiri, zahir ku tampak riang namun jauh di dalam batin ku bagaikan dikurung kesunyian. 

Kata orang, sunyi itu mendamaikan, namun ada juga yang mengatakan sunyi itu membosankan. Hmm entah mengapa aku merasakan amat sunyi sekali di waktu ini. Mengapa perasaan ini tiba-tiba hadir, pelik.

Aku masuk ke kamarku, merelakan diri kian terbenam dalam keasingan jiwa. bagaikan pertapa yang mengabaikan keriuhan dunia. Ada apa dengan kesunyian ini.

Ketika merasa sunyi, BERZIKIRLAH,
Kerana ALLAH Maha Mendengar.

Ketika merasa gembira, BERSYUKURLAH,
Kerana ALLAH Maha Memberi.

Ketika terasa marah, BERISTIGHFARLAH,
Kerana ALLAH Maha Pemaaf.

Ketika merasa sedih, BERSUJUDLAH,
Kerana ALLAH Maha Pengasih.

Adakalanya ALLAH memberi apa yang kita perlu
bukan apa yang kita mahu
Kerana ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

HIDUP INI TIADA ISTILAH SUNYI
ANDAINYA ALLAH SENTIASA DI HATI




No comments:

Post a Comment