Saturday, January 11, 2014

Kisah Dulu-Dulu (Panjat Pokok)

Seorang budak kecil memanjat pokok mangga ditepi rumahnya. tetiba di bawahnya melintas penghulu kampung sambil memandang keatas. "MasyaAllah" tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh budak kecil itu turun. 

Setelah budak kecil itu turun, tok penghulu memarahi beliau "Hey budak! lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu, tak senonoh betul" Tok penghulu tersebut memberikan wang rm5 dan menyuruh budak itu membeli seluar dalam.

Setelah pulang ke rumah, si budak menceritakan segala-galanya pada emaknya. 

Esuknya pagi-pagi lagi emak budak tersebut pula memanjat pojok yang sama tanpa memakai seluar dalam. Dalam hatinya berkata "Anak aku pun boleh dapat rm5, kalau aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat rm20"

Seperti semalam tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang ke atas. "MasyaAllah" terkejut beruk tok penghulu lalu memanggil emak budak tersebut turun.

Dengan hati yang gembira kerana emak budak tersebut turun dan yakin perangkapnya untuk mendapat rm20 akhirnya hampir menjadi kenyataan, apatah lagi melihat tok penghulu menyeluk-nyeluk sakunya. Tok Penghulu berkata "Kamu dengan anak kamu sama aje, dah tahu nak panjat pokok pakai le seluar dalam..... hish tak senonoh betul"

Selepas habis membebel, tok penghulu yang dari tadi menyeluk saku mengeluarkan tangan dan menghulurkan wang ke tangan  emak budak tersebut sambil berkata "Nah 50sen, pergi beli pisau cukur"






No comments:

Post a Comment