Wednesday, January 8, 2014

Ceriakan Hidup Dengan Limau Nipis Cara Kampung

                       

1 - Kuruskan Badan

Ambil 2 biji limau nipis dan perahkan airnya kedalam gelas. Kemudian sebatikan perahan limau tadi dengan segelas air samada suam atau sejuk. Minum selepas 30 minit setiap kali makan. Amalkan setiap hari, 

2 - Demam

Rebuskan 2 ke 4 gengam daun limau nipis dengan 2 ke 4 gelas air, bilas sehelai tuala kecil dengan air rebusan yang sudah suam sejuk, lalu tuamkan tuala tersebut pada dahi sesiapa yang demam. 

3 - Selsema

Hisap sehiris limau nipis, lakukan beberapa kali sehari. Ia akan meransang anda dahaga, maka minumlah air suam.

4 - Berhenti Merokok

Kaedah yang sama iaitu menghisap sehilis limau nipis apabila sahaja terasa ingin merokok. Ianya juga membantu menghilangkan kesan dan bau nikotin pada gigi dan mulut anda.

5 - Batuk

Telan 1 sudu perahan limau nipis yang dicampurkan dengan sedikit kicap manis atau madu lebah. Lakukan dalam 3 kali sehari.

Panggang sekejap sebiji limau nipis diatas api sehingga buah limau terasa panas sedikit, kemudian belah limau tersbut dan perahkan kedalam mulut, biarkan perahan tersebut mengalir ke tekak.

6 - Awet Muda

Sediakan perahan limau nipis secukupnya, sebatikan dengan suku sudu kapur sirih dan satu sudu minyak kayu putih, biarkan 10 minit dan sapukan pada wajah anda sebagaimana cara memakai bedak sejuk.

7 - Minyak Pada Wajah

Campurkan perahan limau dengan satu sudu air kisar timun yang sudah ditapis dan beberapa titis pati bunga ros lalu sapukan pada wajah anda, biarkan seketika (+- 15 minit) sebelum membilas wajah anda. Andainya serasi minyak wajah anda akan beransur kurang.

8 - Jerawat

Campurkan satu sudu perahan limau nipis dengan satu sudu madu lalu sapukan pada wajah yang berjerawat dan biarkan ia kering sebelum membilas wajah anda dengan air sejuk.

9 - Ketiak Berbau

Setiap kali lepas mandi sapukan dengan lembut belahan limau nipis yang dicalitkan sedikit kapur sirih pada ketiak dan biarkan seketika sebelum dibasuh.

10 - Wajah Berbintik Hitam

Sapu belahan limau nipis pada bahagian bintik-bintik hitam dengan lembut dan biarkan kering sebelum dibasuh dengan air yang sedikitt suam dan kemudian basuh dengan air sejuk. (Jangan sapu pada luka jerawat kerana ianya akan memberi kesan pedih pada kulit)

11 - Cerahkan Kulit

Kaedah yang sama sebagaimana tajuk Wajah Berbintik Hitam mampu mencerahkan kulit jika diamalkan stiap hari.

12 - Cegah Rambut Gugur

Sapukan perahan limau nipis yang secukupnya keseluruh bahagian kulit kepala yang berambut dan biarkan semalaman, amalkan setiap hari.

13 - Kelumumur

Sapukan perahan limau nipis yang secukupkan pada rambut dan kulit kepala dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. Lebih kerap diamalkan lebih cepat keberkesanannya.

14 - Mencantikkan kuku

Gunakan air perahan limau dan gosokkan pada kuku anda untuk menghasilkan kuku yang menawan.

15 - Melegakan Ketegangan Otot

Untuk melegakan ketegangan otot, sapukan bahagian otot yang tegang dengan perahan air limau yang dicampurkan dengan air.
(awas - bukan pada otot lelaki yang satu lagi tu - tapi kalau nak rasa melolong sambil berlari satu padang lapangan terbang, try le - haha)

No comments:

Post a Comment