Saturday, January 25, 2014

Kangkung - Sayur Yang Kaya Khasiat


Dalam halaman Healtstore, melalui kajian kangkung didapati kaya dengan vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, hentriakontan dan sitosterol, justeru itu, kangkung mempunyai khasiat sebagai ubat tradisional antipenuaan, antilupus dan antiparkinson, Kangkung yang bersifat antiracun ini juga boleh merawat antiradang, pelawas kencing dan juga dapat menghentikan pendarahan malah mampu mengatasi keracunan akibat makanan. Ianya juga termasuk sebagai sayuran yang berserat tinggi dan boleh digunakan bagi mencegah sembelit. Daun dan akar kangkung boleh digunakan bagi mengurangkan sakit bisul dan ubat bagi rawatan buasir. Air rendaman kangkung juga diguna untuk membasmi kelemumur.

Kaya Dengan Zat Besi - Membina Darah

Zat besi sangat penting untuk tubuh kita kerana peranan utamanya dalam membentuk sel darah merah. Rasa berpeluh-peluh, hendak pitam, pening, lemah badan dan kabur pandangan adalah ciri awal anemia kerana kekurangan zat besi. Kangkung terdapat 2.5 mg/100g zat besi sehingga sangat baik untuk mengatasi anemia (kurang darah)

Mencegah Kencing Manis

Estrak kangkung sudah teruji berguna sebagai ubat anti diabetes kerana estrak kangkung mampu menghalang penyerapan gula dalam darah. Oleh itu perbanyakkanlah mengambil kangkung jika anda menghidap penyakit kencing manis.

Mengurangkan Haid Berlebihan

Ambil setengah kg daun kangkung segar, dibersihkan sebelum ditumbuk halus, tuangkan setengah gelas air kemudian disaring. Air saringan itu tadi diperisakan dengan satu sudu madu dan minum sekaligus. Amalan ini akan menjadikan haid anda selesa dan lancar.

Kaya Vitamin C - Meningkatkan Kekebalan Tubuh Melawan Penyakit

Kandungan vitamin C pada kangkung lebih banyak berbanding kebanyakan sumber vitamin C pada buah-buahan. Dengan itu, kangkung baik untuk mencegah gusi berdarah dan meningkatkan kekebalan tubuh dari serangan penyakit akibat virus, antaranya adalah selsema.

Kaya Vitamin B Kompleks Dan Omega 3 - Menyegarkan Fikiran

Kadar vitamin B Komplek dan Omega 3 pada kangkung ternyata cukup banyak. Kedua-duanya merupakan bahan penting yang berfungsi meningkatkan pengeluaran serotin dalam otak dan kesannya otak akan merasa segar dan fikiran akan menjadi tenang. 

Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil daun kangkung secukupnya lalu direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal berbaki lebih kurang 1 gelas air rebusan. Minum air rebusan kangkung tersebut bagi membantu menghilangkan sakit kepala. (Kaedah ini diamalkan secara meluas di Indonesia)

Menghilangkan Sakit Gigi

Segengam akar kangkung yang telah dibersihkan direbus bersama setengah sudu teh cuka dengan 1 gelas air. Setelah mengelegak dan disejuk suamkan air rebusan tersebut trlebih dahulu sebelum dikumur pada gigi yang sakit dan terus diminum. Amalkan sekali sehari untuk menghilangkan rasa sakit gigi. (Kaedah ini diamalkan secara meluas di Indonesia)

Nyenyak Tidur Dan Menghalang Insomnia

Kangkung mempunyai sifat sedatif, sehingga sering dikatakan sebagai penyebab mengantuk kerana terdapatnya kandungan mineral seng dan selenium di dalamnya. Ianya berpotensi mengendurkan saraf apabila mengambil kangkung, semakin kendur saraf-saraf maka tidurpun akan menjadi nyenyak dan lena. Oleh itu ia dapat membantu mengatasi masalah tidur (insomnia), namun anda seeluknya elakkan mengambil kangkung berlebihan jika mahu bekerja atau ke pejabat.

Kaya Vitamin A - Menajamkan Penglihatan

Kangkung kaya dengan vitamin A, terdapat 6300 IU vitamin A di dalam kangkung berbanding 6100 IU di dalam bayam, semakin hijau daun kangkung semakin tinggi kandungan betakarotin dimana ianya boleh menjaga kestabilan penglihatan mata anda dan menajamkan penglihatan mata.

Melancarkan Kencing (Diuretic)

Ambil akar kangkung secukupnya lalu direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal berbaki lebih kurang 1 gelas air rebusan. Air rebusan ini diminum hingga habis dan amalkan setiap hari sekali. Kencing anda akan lebih lawas dan lancar.

Menghilangkan Kelemumur

Ambil seikat daun kangkung lalu direndam semalaman hingga airnya berwarna kebiruan. Cucilah rambut anda sehingga kulit kepala setiap hari untuk menghilangkan kelemumur. (Kaedah ini secara meluas diamalkan di Thailand)

Menghilangkan Sembelit

Amalkan memakan tumisan kangkung yang semujadinya mengandungi serat yang tinggi. Bahan seratnya yang tinggi mampu mengatasi masalah sembelit lebih-lebih lagi kepada ibu-ibu yang sedang hamil, kerana ianya juga membantu menghilangkan rasa mual mengandung.





No comments:

Post a Comment