Thursday, January 9, 2014

Kisah Hantu

Maka tersebutlah kisah tiga drakula, masing-masing berusia 30an, 40an dan 50an, masing masing ingin membuktikan siapakah yang paling cepat dan kuat menghisap darah mangsa-mangsa mereka.
Pada malam Jumaat merekapun mengadakan satu pertandingan untuk menunjukkan siapakah yang paling hebat, lalu mereka berdiri di sebuah bukit untuk mudah mereka memerhatikan kawasan mangsa masing masing.
Ketiga-tiga sepakat supaya yang muda memulakan pertandingan. Tanpa lengah  drakula yang muda dengan laju terbang mengejar mangsanya.
Tidak sampai dua minit, dia kembali dengan muka yang penuh dengan kesan darah segar mangsanya hingga kelihatan sangat menakutkan.
Terus ia berkata "Kamu berdua nampak tak kampung dibawah sana?"  
Kedua drakula 40an dan 50an mengangguk "Iya kami nampak" 
Kata drakula muda itu lagi "Emmm satu kampung tu sudah aku jadikan mangsa, ko berdua mampu ke?"
Tercabar dengan kehebatan dan keangkuhan drakula 30an itu, lalu drakula 40an dengan sekelibat ribut terbang memburu mangsanya.
Tidak sampai seminit, ia sudah kembali dengan wajah yang basah berlumuran hingga memenuhi dadanya, sangat mengerunkan kelihatannya. "Kamu nampak tak bandar dihujung sana?" 
Kedua drakula yang lain mengangguk "Iya kami nampak" 
"Seluruh isi bandar itu sudah ku sapu habis hahahahahahahahaha" hilaian drakula 40an bergema sungguh menyeramkan.
Drakula 50an bertambah panas hati dan tidak sabar ingin memperlihatkan betapa lagendanya ia. Lalu sepantas kilat ia terbang bagaikan tidak sabar untuk menyambar mangsanya.
Amat terperanjat dua drakula yang tinggal bila melihat tidak sempat setengah minit drakula 50an sudah kembali dengan penuh cucuran darah dimukanya.
Sambil menekup hidung, mulut dan dagunya drakula 50an itu bertanya "Korang nampak tak tembok batu tu?"
"Iya iya kami nampak" jawab mereka kehairanan.
"Aduhhhh.... aku tak nampak le pulak" kata drakula 50an itu sambil mengerang kesakitan cedera di mukanya akibat melanggar tembok.


Usia bukanlah ukuran kedewasaan seseorang
Usia juga tidak menentukan keupayaan seseorang



Sehebat manapun seorang manusia
Mesti ada manusia yang lagi hebat
Sehebat mana perancangan manusia
Perancangan Allah yang Maha Tepat



Keupayaan kita terdahulu adalah sejarah
Keupayaan kita hari ini adalah realiti
Keupayaan kita esuk masih belum pasti


Jangan iri dengan kemampuan orang
tetapi binalah keupayaan diri sendiri
Kerana hanya keupayaan diri kita sendiri
yang akan menempatkan dimana kita akan berdiri







No comments:

Post a Comment