Tuesday, January 7, 2014

Kalau Hendak Berjaya

Satu hari, sekumpulan katak-katak kecil ingin menguji keupayaan mereka dengan berlumba untuk mendaki sebuah bukit yang tinggi. Bukit yang dilitupi semak yang tebal dan batu batan. Perihal mereka cepat tersebar dari kalangan mereka ke segenap pelusuk hingga menarik perhatian semua jenis golongan katak samada yang jenis kecil mahupun yang bersaiz besar. Oleh itu sebelum perlumbaan bermula maka banyaklah katak-katak telah memenuhi kanan dan kiri lorong perlumbaan menuju ke puncak bukit. Ada yang hanya ingin menyaksikan perlumbaan, ada yang berhajat untuk menyorak kata-kata semangat dan tak kurang juga yang mahu mempersendakan niat sekumpulan katak-katak kecil tersebut. Yang pastinya tidak ada seekor pun katak-katak yang datang itu percaya bahawa akan ada dari kalangan katak-katak kecil ini akan berjaya sampai ke puncak bukit.

Dari mula perlumbaan pelbagai bunyi sorakan dari katak katak yang menyaksikan kedengaran. Ada yang mengatakan "Mustahil kamu semua akan berjaya kerana semak bukit ini tebal dan berbatu-batu" Ada yang bersorak "Jangan jadi bodoh meletihkan dan menyusahkan diri, baik berhenti sahaja" Ada yang bersorak "Bukit ini bukan arena kamu" Ada yang bersorak "Hentikan saja perlumbaan ini, mengapa berlumba mendaki yang memenatkan, lebih baik berlumba menuruni curam yang lebih memudahkan" dan macam-macam lagi.

Katak-katak kecil mula keletihan pada paras suku tinggi bukit malah ada yang percaya dengan apa yang disorakkan lalu berhenti dari perlumbaan. Di paras pertengahan bukit ada sebilangan katak kecil yang hilang tumpuan kerana bisingnya sorakan lalu jatuh dan tercedera hingga tak mampu untuk meneruskan perlumbaan. Di paras yang lebih tinggi ada sebilangan katak kecil yang hilang semangat untuk berlumba kerana begitu terasa dengan kata-kata sorak yang menyakitkan hati. 

Sehinggalah hanya tinggal seekor katak kecil yang kelihatan masih melompat-lompat meneruskan pendakian perlumbaan. Ternyata ia akhirnya berjaya mencapai puncak bukit dan berpuas hati dengan kejayaannya.

Semua katak-katak yang gagal dalam perlumbaan tadi berasa kagum dan hairan dengan keupayaan seekor katak kecil yang berjaya itu. Mereka saling tertanya-tanya apakah rahsia katak tersebut. Bagaimanakah ia mencapai kekuatan hingga berjaya membawa kejayaan kepadanya. Akhirnya pertanyaan itu diajukan kepada katak yang berjaya tersebut. Sejurus soalan diajukan barulah mereka tahu bahawa katak tersebut adalah pekak.

Patutlah katak tersebut mengabaikan sahaja sorakan-sorakan negatif yang dilemparkan, Katak itu yakin dan percaya dengan kemampuan dirinya untuk mencapai kejayaan dengan tidak mendengar hal-hal yang negatif.

Haha

KECACATAN DAN KEKURANGAN 
ADALAH SATU KELEBIHAN

TERUSKAN USAHA
JANGAN PEDULI APA ORANG KATA
KALAU IANYA HANYA MELEMAHKAN KITA

YAKIN PADA DIRI SENDIRI
ADALAH KUNCI UTAMA MENCAPAI KEJAYAAN

SEMUA KEJAYAAN 
BERMULA DENGAN PERCUBAAN
BERIBU LANGKAH DI HADAPAN
BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA

ORANG YANG BERJAYA
PENUH DENGAN USAHA
ORANG YANG GAGAL
PENUH DENGAN ALASAN

No comments:

Post a Comment