Monday, January 27, 2014

Putus Cinta - Ada Apa Dengannya?

Bila putus cinta, dunia terasa bagaikan mahu kiamat, menangis sendirian di bilik mengenang nasibnya badan, patahnya hati hinggakan tidak mahu diganggu, merananya jiwa hingga makan pun tiada selera, musnahnya harapan bagaikan sudah tiada masa depan, seksanya jiwa terasa bagaikan berputus nyawa, menyendirikan diri seolah hidup tiada maknanya lagi, saban hari asyik bermenung umpama hidup bagaikan tong kosong. Tak begitu saudara-saudari yang pernah merasakannya?

Tidak salah anda berperasaan begitu, namun biarlah hanya untuk seketika, jangan sekali-kali izinkan diri anda hanyut dengan perasaan yang tiada faedahnya ini, kerana tujuan hidup bukan hanya untuk bercinta. Menyintai atau ingin dicintai oleh sesama manusia bukanlah kemuncak cinta apatah lagi kalau nak dianggap sebagai cinta yang agung, kerana cinta sesama manusia lumrahnya tidak kekal, paling lama pun masa tempuh kita masih hidup je. Bahkan sering berlaku sepanjang perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar malah tidak sedikit yang terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu akan hancur berkecai berserpihan sana-sini.

Janganlah berlebihan mencintai sesuatu 
yang belum tentu jodohmu, 
cintailah dia kerana cintamu kepada Allah yang satu, 
kerana cinta yang lahir dari unsur nafsu 
pasti akan cepat hangatnya berlalu.

Sebenarnya ada kebaikannya juga putus cinta ni. Think positively, Allah kembalikan kepada kita untuk menikmati diri sendiri dari kongkongan dan kerenah pasangan dan Allah berikan kita berpeluang untuk kembali menjadi diri kita sendiri.

Berikut antara cara menyembuhkan diri dari patah hati akibat putus cinta

1.  Relaks, tarik nafas dalam-dalam, bertenang, jangan panik akibat putus cinta. Berhenti berfikir bahawa dunia akan kiamat hanya kerana anda tiada boyfriend atau girlfriend. Gunakan waktu ini sebaik mungkin untuk anda memanjakan diri sendiri tanpa adanya sekatan atau larangan.

2.  Live in the present and think about the future. Lupakan masa lalu, terus berjalan ke hadapan demi kehidupan yang lebih baik. Jangan jadikan masa lalu sebagai halangan, sebaliknya, jadikan masa lalu sebagai pengalaman untuk menghadapi masa depan.

3.  Berikan diri anda kesempatan. Tak mungkin anda bahagia sebaik je putus cinta dalam tempuh satu malam. Banyak cara untuk menghiburkan diri sendiri. Namun jangan tutup hak diri anda untuk menerima kebahagian, kerana, kalau anda menutup pintu kebahagiaan diri anda, mana mungkin kebahagiaan itu boleh datang dalam kehidupan anda seterusnya.

4.  Berfikiran positif. Jangan layan sebarang fikiran negatif dan juga orang-orang yang negatif. Beri ruang yang secukupnya kepada diri anda untuk fikir masak-masak sebelum mengambil keputusan. Hindari pendapat yang tidak membina dan tidak berguna untuk hidup anda.

5.  Makeover. Menambah baik penampilan diri, beli make-up dengan warna yang cerah, pakaian dengan warna yang terang, tukar pewangi, decorate bilik tidur anda, ruang tamu, ruang santai, dapur, apa sajelah supaya nampak ceria, aromakan rumah anda supaya harum nyaman, bersihkan kereta supaya terasa lebih selesa masa memandunya. Kerana benda-benda baru sebegini akan menimbulkan suasana berkesan dan cukup mudah mengembalikan mood anda.

6.  Belajar sesuatu yang baru dan bertemu kawan-kawan baru. Cara yang boleh dilakukan adalah belajar sesuatu ilmu yang baru, tak kisah... nak further study ke, nak mula bersukan atau senaman ke, nak pegi kelas memasak ke, nak pegi kelas agama ke, ape-ape je yang menyenangkan dan menenangkan fikiran. Di samping itu anda akan bertemu dengan rakan-rakan yang baru dari komuniti yang berbeza. secara tidak langsungnya kehidupan anda akan lebih exciting dan........ siapa tahu........ mungkin berjumpa teman baru haha.

7.  Berhibur. Dalam usaha untuk mengembirakan hati dan ceriakan hidup anda, tidak salah andainya anda berhibur. Cuma dengan cara yang tidak menyimpang dari batas-batas agama le. Anda boleh je menonton movie ramai-ramai ngan kawan-kawan, berkelah kat pantai-pantai yang indah ke, balik kampung dan enjoy dengan kehidupan kampung ke, melancung ke destinasi-destinasi yang belum pernah anda kunjungi ke. Untung-untung anda akan menikmati pengalaman menarik dengan berhibur cara begitu.

8.  Bersyukur. Hidup  dengan selalu bersyukur akan menjadi lebih mudah dan menyenangkan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan dengan apa yang kita dapat. Anda putus cinta di hari ini adalah lebih baik daripada bercerai setelah bersuami isteri. Anda berpisah di hari ini adalah lebih baik dari seumur hidup menyiksa diri. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk anda. Oleh itu bersyukurlah.

9.  Maafkan dan Lupakan. Jangan berdendam, kerana dendam akan merosakkan fikiran dan akan membawa anda keluar dari landasan kebahagian kehidupan. Maafkan kesalahan dia selama ini dan hapuskan rasa marah anda. Lupakan dia, tiada gunanya menyesakkan fikiran kepada sesuatu yang bukan urusan kita lagi. Patah tumbuh hilang berganti. Bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. 

10.  Play hard, just make your life more fun everyday. Bina hari-hari baru kehidupan anda dengan penuh keceriaan, kegembiraan, kesyukuran, keimanan dan ketaqwaan. Jangan lagi simpan rasa kecewa putus cinta dalam mana-mana ruang dihati anda, walaupun sedikit. Enough is enough, yang dah berlaku biarkan berlalu yang pasti hidup anda mesti diteruskan.

Anda berhak hidup ceria dan bahagia tanpanya. Oleh itu mari kita Enjoy.

"Adakalanya Allah Tidak berikan
Apa Yang Kita Mahu
Tetapi Dia Berikan Apa yang Kita Perlu"

"Tak Semestinya Jodoh Kita 
Dengan Orang Yang Sudah Lama Kita Kawan, 
Tapi Mungkin Jodoh Kita 
Dengan Orang Yang Baru Kita Kenal, 
Semuanya ALLAH  Taala Yang Tentukan"

No comments:

Post a Comment