Thursday, January 9, 2014

Wanita Islam Adalah Permata Yang Tidak Ternilai

Dalam satu penerbangan ke Amerika seorang mufti duduk bersebelahan dengan seorang pelancung dari perancis

Pelancung  :  Apa tujuan anda datang ke Amerika?

Mufti  :  Kedatangan saya atas urusan yang besar dan penting

Pelancung  :  Ermm urusan apa sebenarnya?

Mufti  :  Urusan memuliakan Allah Yang Satu

Pelancung  :  Huh! Jadi anda seorang Muslim, saya mempunyai masalah dengan anda dan seluruh Muslim, anda menindas kaum wanita, di negara saya hijab tidak dibenarkan

Mufti  :  Atas fakta apa awak mengatakan kami menindas golongan wanita?

Pelancung  :  Anda mengarahkan wanita anda berhijab, berpakaian serba tertutup tiada kebebasan berfesyen dan anda mengawalnya di rumah, anda menyekat kebebasan mereka menampilkan kecantikan dan keindahan yang dimiliki wanita.

Mufti  :  Owh jika begitu saya juga mempunyai masalah dengan anda, kerana anda menindas wang.

Pelancung  :  Apa! Bagaimana anda berfikir saya kami menindas wang?

Mufti  :  Anda menyembunyikan wang anda, anda sorokkan wang anda di dalam wallet, anda sembunyikan kebanyakan wang anda di dalam bank, anda rahsiakan berapa banyak wang yang awak ada, mengapa tidak saja awak umumkan jumlah wang yang awak ada dan mempamerkan semua wang anda di khalayak umum, sebagai tanda kebebasan.

Pelancung  :  Semestinya tidak, mustahil boleh dilakukan atas nama kebebasan, kerana wang sangat bernilai, saya takut wang saya dirompak, diambil oleh mereka yang tiada hak ke atas harta saya.

Mufti  :  Anda menyimpan wang anda, dan sembunyikan wang anda kerana ianya sangat berharga, kami menghargai nilai sebenar wanita kami jauh lebih berharga, kami menjaga wanita Islam bagaikan permata yang tidak ternilai sehingga tidak boleh dipertontonkan dengan murah bagaikan tiada harga diri. Keindahan mereka disimpan dengan penuh kehormatan dengan martabat yang tinggi.

Mengikut Karina Burns (MH.,ND) melalui artikel The Science Behind The Weil menyatakan bahawa : Ujian-ujian menunjukkan 40-60% daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, oleh itu menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan.

Mengikut V.G. Rocine seorang pakar otak, Fosforus menjadi cair pada suhu 108 darjah Fahrenheit (42 darjah Celcius), keadaan ini boleh berlaku sekiranya anda berada di bawah panas terik tanpa menutup kepala. Apabila Fosforus otak cair maka fungsi otak akan menurun dan hal ini akan memberi kesan negatif pada otak.

                                    

ALLAH berfirman
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada ALLAH hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung"
Surah An-Nuur Ayat 31

No comments:

Post a Comment