Saturday, January 25, 2014

Kopi Dan Kecantikan



Sebagai seorang wanita yang aktif dan selalu berada diluar maka kulit anda terdedah pada cuaca yang tidak menentu, kesibukan selalunya membatasi ruang masa anda untuk ke salon-salon kecantikan bagi merawat kesan-kesan cuaca pada kulit anda. 

Dengan cabaran kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat adakalanya membuat anda berfikir dua tiga kali dan bertangguh-tangguh untuk berbelanja bagi merawat kulit anda.

Apakah anda percaya bahawa kopi boleh membantu anda memperolehi kulit yang sehat, hanya dengan kos yang murah dengan penjimatan masa dan juga dengan suasana penuh selesa ketika bersantai dirumah anda sendiri.

Kopi biasanya digunakan untuk minuman, namun ternyata ianya ada beberapa khasiat yang perlu anda ketahui tentang apa yang kopi mampu hasilkan selari dengan niat anda untuk menjaga kesihatan kulit seterusnya menjaga penampilan dan menambah seri kecantikan anda. 

Berikut adalah huraiannya

1.  Membantu menghilangkan sel kulit yang telah mati
2.  Dapat melembabkan kulit
3.  Manghaluskan kulit
4.  Mencegah tumbuhnya jerawat
5.  Dapat mencegah dan mengurangi timbulnya kedutan di kulit
6.  Membekalkan nutrisi pada kulit
7.  Meneutralkan kulit
8.  Mencerahkan warna kulit

Untuk membuat kulit anda dapat memperolehi manfaat seperti di atas. Gaulkan sedikit madu dan serbuk kopi mengikut sukatan rasa yang perlu dan ikuti kaedah ini.

1.  Basahkan terlebih dahulu bahagian kulit yang hendak di scrup dengan kopi
2.  Sapukan scrup kopi dan madu tersebut pada bahagian kulit dengan lembut, tetapi hindari pada bahagian kulit yang terdapat luka
3.  Lakukan sedikit urutan lembut dan manja pada bahagian kulit yang telah di scrup sekitar 1 hingga 2 minit dan biarkan dalam tempuh setengah jam
4.  Bilas dengan air yang sejuk dan lap bahagian tersebut dengan tuala yang mudah serap air 

Rasakan perbezaannya pada kulit anda.

Inilah kaedah 3M - Mudah, Murah Dan Manja  hehe
Selamat mencuba

JANGAN MALU HIDUP SEDERHANA
YANG PENTING BAHAGIA

No comments:

Post a Comment