Friday, January 24, 2014

Kahwin - Mampu Ke?

Semasa sembang-sembang dengan kengkawan, sambil minum-minum petang menjelang cuti hujung minggu, timbul satu topik menarik yang kami beri perhatian serius sehingga mengambil masa yang agak lama, iaitu 'KAHWIN - MAMPU KE?' haha.

Sembang punya sembang, maka akhirnya masing-masing membuat budget masing-masing kemudian kami mencongak keupayaan kami masing-masing dengan andaian sekiranya nak buat majlis kahwin dalam masa terdekat. ekekekeke.

Akhirnya kami siapkan satu anggaran yang mampu menjadi asas kepada kami untuk tempoh masa setahun ni, setelah mengambil kira bahawa majlis kahwin ni adalah satu majlis penting dan sejarah berharga yang puratanya sekali seumur hidup, mengambil kira perasaan kasih sayang dan penghargaan pada bakal isteri, mengambil kira tahap ilmu, pendidikan serta kerjaya bakal isteri, mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat, juga merujuk kepada majlis-majlis kahwin rakan-rakan dan sebagainya.

Maka inilah hasilnya,


Kepada yang mahu turunkan anggaran ni boleh je

Wang hantaran leh turun ke RM10000 atau RM9000 je ke.
Barang hantaran tu leh je cari bahan yang lebih murah atau kurangkan barang hantaran.
Belanja kenduri leh je kurangkan dengan masak bergotong-royong.
Pelamin & Baju Pengantin tu boleh je cari yang murah yang kos  bawah RM1000
Jurugambar tu mungkin tak perlu, suruh je sesiapa tangkapkan gambar.
Pengangkutan & Petrol tu boleh je minta sesiapa yang nak ikut rombongan pengantin guna kereta dan isi petrol sendiri.
Boleh je kahwin tanpa ada duit dalam poket tapi risikonya memalukan diri.
Reserve luar jangka tu ermmmm terserah le, selalunya ada je hal yang perlu duit.

Peringatan : Jangan sesekali berhutang untuk berkahwin

Biar hidup sederhana,
rumah dan kereta sederhana, tetapi.....
TIDAK BERHUTANG.
Daripada hidup mewah,
rumah besar, kereta hebat, tetapi.....
HUTANG KELILING PINGGANG. 

Jangan Malu Terlihat Miskin,
Malulah Ketika Kita
Berpura-Pura Kaya.


No comments:

Post a Comment