Sunday, January 26, 2014

Apa Yang Anda Mahu Dalam Kehidupan Ini?


Semua orang mempunyai impian, kebiasaannya masing-masing mengimpikan hidup yang berjaya, bahagia, kaya-raya, suami tampan bergaya, isteri cantik melentik, kereta mewah, rumah besar, dan berbagai-bagai lagi. Tetapi untuk mengapai impian sedemikian tidaklah semudah impian yang diangankan. 

Begitu jugalah dengan diriku, dalam kehidupan silam sehinggalah hari ini, banyak kegagalan yang ku temui, terkadang aku juga kehilangan arah tuju dan menyimpang dari matlamatku. Namun aku tetap juga mempunyai impian yang perlu aku jadikan Key Perfomance Indicator hidupku.

Aku mempunyai banyak impian untuk diujudkan, aku mesti berusaha untuk mencapai impian yang aku impikan sendiri. Kata orang tua-tua "Hendak seribu daya, tak nak seribu daleh" tetapi sekiranya setelah aku berusaha bersungguh-sungguh, namun masih jua tidak mampu mencapainya,  maka itu bererti Allah punya rencana yang lebih baik buat diriku.





Pasanglah impian setinggi bintang di langit biru,
jika tidak tercapai, akan jatuh di awan.
Jika impian kita setinggi awan, 
jika jatuh akan tersangkut di pucuk pokok.
Tapi malangnya,
jika impian kita setinggi pokok,
kalau jatuh terus menyembah bumi.





No comments:

Post a Comment