Sunday, January 12, 2014

Jom Kita Berwudhu'


Wudhu' Yang Sempurna 
Bukan Sahaja Menjamin Solat Diterima
Tetapi Juga Menghapuskan Dosa-Dosa

Dari Abu Hurairah telah bersabda Rasulullah SAW.
"Apabila seseorang hamba Muslim atau Mukmin berwudhu', maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya, keluarlah dosanya dari kedua tangannya bersama air atau titisan yang terakhir. Sewaktu dia membasuh kakinya, keluarlah setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah dia selesai berwudhu', dia bersih dari dosa-dosa".
Hadis riwayat Muslim

Sabda Rasulullah SAW,
"Barangsiapa yang berwudhu' seperti seperti wudhu' ini (wudhu' seperti wudhu' Rasulullah) diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala"
Hadis riwayat Muslim.

Mengangkat Darjat Manusia

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda.
"Sukakah kamu semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa darjat kalian?" 
Mereka menjawab, "Ya, wahai Rasulullah". 
Maka Baginda SAW pun bersabda. "Iaitu (antaranya) menyempurnakan wudhu' walaupun dalam keadaan yang tidak disenangi (seperti kesejukan, kesibukan dan sebagainya)"
Hadis riwayat Muslim.

Memberi Cahaya Di Akhirat

Sabda Rasulullah SAW.
"Sesungguhnya umatku dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajah-wajah, tangan-tangan dan kaki-kaki mereka kerana bekas wudhu' "
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Menjadi Perhiasan Diri Di Syurga

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,
"Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin, bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhu' ".
Hadis riwayat Muslim.

Melerai Ikatan Syaitan Pada Manusia

Dari Abu Hurairah, beliau meriwayatkan dari Rasulullah SAW.
"Bahawa syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari dengan tiga ikatan"
Kemudian Rasulullah SAW memberitahu cara untuk merungkai ikatan tersebut dalam sabda Baginda SAW.
"Sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya) dan mengingati ALLAH, bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu' pula, bebaslah satu ikatan lagi, dan sekiranya dia bersolat, bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan menjadi segar dan baik dirinya. Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir, berwudhu, dan bersolat) maka dia akan menjadi buruk dan pemalas".
Hadis riwayat Al-Bukhari.

Membuka Pintu Syurga

Diriwayatkan dari Umar bin Al-Khattab RA, Rasulullah SAW bersabda,
"Tiada seorang pun kalian yang berwudhu lalu menyampaikan atau meratakan wudhu'nya, kemudian dia mengucapkan "Ashhaduan lailaha illAllah wa ashhaduan naMuhammadan abduhu wa Rasuluh" melainkan dibukakan untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki".
Hadis riwayat Muslim.


Firman ALLAH 

"......Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri"
Surah Al-Baqarah, ayat 222.



No comments:

Post a Comment